Bilik Belajar…

 

Oh, idamanku!
Oh, idamanku!


Bilik belajar sedia ada sangat semak. Mana tak semak, hampir semua barang-barang dalam kotak yang belum dipunggah pasca pindah rumah tahun lepas disumbatkan di dalam bilik ini. Itu pun sedikit bersifat minggu lepas berbanding terdahulu kerana kegigihan aku mencari beberapa dokumen penting. Justeru ada kotak yang dipunggah dan dikelaskan semula.

Tapi bilik itu belum bersifat memanggil untuk penghuninya bertapa dengan tenang. Ia masih berabuk..kerusi komputer pula setakat guna kerusi standard kenduri kahwin dan kipasnya pula seakan tidak wujud apabila dipasang. Buku-buku rujukan tak usah cakaplah…Masih dalam kotak. Kalau nak belajar tu, kena punggah sampai jumpa buku mana yang nak dicari.

Tak boleh jadi begini…Aku perlukan bilik ini rapi. Setidak-tidaknya indah untuk aku menghabiskan masa yang ada untuk menelaah pelajaran dan mendengar alunan Blake Shelton dan M.Nasir dengan bahagia. Jadi bagaimana? Nak kemas semuanya mana cukup kederat yang ada. Yang penting, aku perlukan kipas kecil, kerusi pejabat dan rak buku untuk menempatkan bahan rujukan yang mulai membukit.

Misi Pertama : Kerusi Pejabat

Tak hensem pun makan RM 150. Tapi ini gambar hiasan..
Tak hensem pun makan RM 150. Tapi ini gambar hiasan..

Untuk duduk berjam-jam depan PC sambil membuat ‘research’ atau melayari internet memerlukan keselesaan fizikal yang mantap. Setakat duduk kerusi plastik, tak sampai 15 minit aku dah mula mengeluh tak selesa. Maklum ajelah keadaan fizikal ketika ini tidak memungkinkan untuk aku duduk berlama-lama dengan kerusi plastik. Justeru kerusi perlu selesa. Tapi nak murah 🙂 Murah berapa murah? Itu juga satu persoalan yang boleh migrain kalau dipecahkan.

Di BSP ada 3 kedai perabot. Tiga-tiga aku pergi untuk mendapatkan harga yang murah. Boleh dikatakan kerusi pejabat yang ideal berharga sekitar RM 150 seunit…mungkin lebih, bergantung kadar kehandalan menawar. Ada satu kedai tu, kerusi yang aku minat sudah ada. Warna merah lagi. Tapi sebabkan peniaganya bukan main sombong, ente pergi jahanamlah. Juga salah sebuah cawangan perabot di Shah Alam yang aku kunjungi. Sudahlah sombong, barang display pun nak tekan harga. Kalau nak yang baru harga lain. Tengkorak dia…aku babaikan kedai itu.

Akhirnya aku kembali ke BSP dan bersetuju membeli seunit kerusi pejabat dengan harga RM 149 🙂 Harga itu ditulis pada brochure syarikat. Itu pun ada hati dia cakap ‘ieitu kakak peygang yang lama..yang baru harga laen.’ Aku tetap dapat harga dalam brochure sebab dia memberikan harga yang munasabah untuk rak buku, yang juga aku beli di kedai yang sama..

 

Misi Kedua : Rak Buku

12 Pintu
12 Pintu

Rak buku itu 3 x 4, atau mudah kata ada 12 petak. Sebenar-benarnya tak cukup untuk aku simpan semua buku dan membuat perpustakaan mini. Tapi kita kena berbelanja mengikut keperluan dan ruang. Setakat ini, itulah rezeki rak buku aku. Jadi dengan Pasrah Erra Fazira aku menerimanya. Lagi pula dia menawarkan harga RM 220 sahaja. Kurang beberapa puluh ringgit dari harga asal.

 

Misi Ketiga : Kipas Kecil

IMG_20140504_182706

Ini kes gatal sebenarnya…gatak gedik sebab Hadi kata ‘kalau nak saya belikan’. Semalam kami ke PC fair di Setia Alam Convention Center. Tujuan asal untuk membeli hard disk. Tapi biasalah, bila dah sampai, jadi rambang mata dan yang nak beli tu tak beli pun. Berkesudahan aku beli Pendrive 4Gb dengan harga RM18 dan antivirus untuk 3 PC dengan harga RM 90. Kipas kecil yang dimaksudkan aku dapat dengan harga RM 19.  Jadilah…tidaklah kepanasan aku selepas ini.

Apapun memang aku bersyukur kerana Hadi sanggup melapangkan hari Ahad kami semalam untuk mencari ketiga-tiga barang utama yang aku perlukan. Aku perlukan semangat untuk belajar. Jujurnya, susah untuk membahagikan masa dalam keadaan berkerja sambil belajar. Tambahan pula semakin aku menjadi badak semput Jumanji, kepenatan semakin terasa.

Mohon tuhan permudahkan. Aku lakukan ini semua untuk mereka…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *