Bila?

Aku memerlukan sedikit masa untuk digest apa yang telah terjadi. Seingatnya, takde satu ungkapan MAAF yang terlantun saat aku bertanyakan apa yang membuatkan dirinya tiba-tiba dingin. Yang ada hanyalah menyalahkan batu, paku dan kayu. Oh, ya…menyalahkan manusia yang membuatkan emosinya kusut..
Aku meneruskan kehidupan macam biasa. Oh, dia mula ketawa apabila aku berlawak setempat dan dia bergaul dengan aku seolah tiada apa pernah terjadi. Aku ibaratkan macam belon gam 10 sen yang aku beli di Syarikat Sulaiman. Bila tiup, ia kembang dan kemudiannya meletup. Sebabkan ianya gam, bila dipicit ketat dia bercantum kembali dan bila kita tiup, belon itu masih berkembang..Walaupun ternampak juga retakan yang cuba mengelabui mata pihak lawan. Kesan itu ada!
Dan kemudian mahu membawa aku ke sana dan ke sini..Plan yang aku abort saat aku mulai sentap dengan pelakuannya.Oh, plan tu ON rupanya…I see..
Kali ini aku tak terus bersetuju..
Aku tahu kenapa semua orang tak sukakannya..Tapi aku ignore semua itu sebab pada aku mungkin orang tak mengenali dia sedalamnya..Aku kenal dan kemudian aku tahu..Biasalah, akukan lambat insaf..
Bila la dia pulak nak insaf?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *