BILA RINDU…

 

Aku punya banyak memori tentang kesanggupan dia travel beratus-ratus kilometer (beribu tu belum terjadi) untuk bertemu aku atas pelbagai sebab. Selalunya rindu…sekali-sekala merajuk. Tapi merajuk tu jarang sekali aku lari jauh. Paling-paling aku lari ke Cherating atau Summit USJ aje dan aku akan balik ke pangkal jalan.

Ia bermula cuti semester masa Part 3 matriks. Berpisahlah kami sementara sementara menanti semester baru dibuka. Nak bergayut telefon sudah kena teguran audit kerana bil melambung-lambung macam bawa kereta di jalanraya yang dijanji akan diturap tetapi sudah berapa penggal jadi kerajaan negeri tetaplah nan hado.

Dia telefon…rindu katanya. Ai rindu yu, yu rindu ai tak?

Rindulah…
Rindu serindu-rindunya…
Rindu lukisan…
Rinduku pada dirimu yeah..yeah…
Rindu bayangan…
Rindu-rindu aduh sayang merindu…

Cakap telefon manalah terubat sangat rindu tu. Kalaulah dapat jumpa bertentang mata lebih bagus. Ayat mat lazim, “kalau rindu datang sini” memang ayat yang ada pada muka surat 5 manual percintaan jarak jauh. Saja aku tuturkan tanpa harapan coin.

“Ok tunggu 5 minit ai sampai…”
Ha???!! Yu kat mana?
“Ai, kat Giant Taman Permata ni…”

Sebaik gagang telefon aku letak, melurulah Kak Benny ke bilik air berhampiran untuk mencuci muka dengan Ginvera, Ginvera…bagiku Ginvera dan bersiap sepantas mungkin bagi nampak pleasant sikit.

Yup…lelaki dengan sideburn Elvis itu muncul dengan motosikal plat M di depan rumah aku! Kami bersembang dalam 3 jam dan dia balik ke rumahnya semula selepas kami makan tengah hari bersama keluarga aku.

Sejak itu, setiap kali cuti semester aku tahu dia akan buat giler macam itu lagi kalau hubungan kami masih panjang.

Pernah juga dia datang ke Johor kerana aku outstation semata-mata mahu menyambut hari lahir aku dalam keadaan hotel harga Yahudi sebab pilihanraya kecil Tenang. Esoknya dia terus balik KL dan aku meneruskan kerja aku di sana dan sempat menjadi mangsa banjir yang paling menakutkan aku alami setakat ini.

Dan seriously banyak lagi episod lain. Setiap kali dia buat macam tu, perasaan sayang dan belas aku pada dia akan naik berganda-ganda…

Oh, aku juga pernah buat gila melakukan perkara yang sama dan sebabnya – sah, rindu. Takde sebab lain. Tapi aku naik bas ke Melaka sebab aku tak reti bawa kereta atau motorsikal masa tu. Yang lawaknya, tiket balik pulak habis. Hotel mur-mur semua penuh dan yang tinggal hanya mampu berangan ajelah nak tidur di situ. Makanya, terpaksalah aku tidur dirumahnya secara tak langsung berjumpa dengan mak dan abahnya untuk kali pertama. Dalam pada tak mahu sebab belum bersedia berjumpa, terpaksalah juga aku setuju sebab aku tak mahu tidur di stesen bas atau masjid.

****

Minggu lepas dia kursus di Melaka dari Rabu sampai Jumaat. Kebiasaannya setiap hujung bulan kami akan balik Melaka. Alang-alang dia di sana, aku cadangkan dia terus balik rumah kami di Melaka dan tunggu aku dan anak-anak sahaja di sana. Lagipula aku sudah boleh memandu dan aku akan cadangkan perkara yang sama kalau aku ditempat dia. Biasalah…cadangan aku memang tahap brilliant optikal tapi execution day tidak langsung mudah seperti yang aku bayangkan.

Aku uruskan anak-anak seorang diri. Dia punya touching lain maciam bila anak-anak mula tanya “mana abah…abah where are yu?” Dengan ragam anak-anak aku yang macam wang panjar pelbagai bentuk, aku sendiri rasa rindu dengan abam keja pejabat loyer tu. Rasa macam cepatlah Jumaat berlalu sebab aku tak sabar nak bawa anak-anak jumpa abah dia dan aku sendiri nak jumpa dengan tuan tabib.

4:20 petang langit di Bukit Angkasa dah mula gelap. Aku dapat rasa bakal hujan lebat ni, dan lama! Hati aku dup dap dup dap tak berhenti. Tak boleh jadi. 4:27 petang aku clock out dan nak menyampai u-turn bawah jambatan tu aje sudah banyak kenderaan. Entah keluar dari busut-busut mana. Masuk aje MEX hiwey, berderai hujan lebat selebat-lebatnya. Kak Benny is menggigil-gigil bawa kereta.

5:30 petang, sampai Bandar Saujana Putra dan ambil Eskandar dahulu. Oh, barang nak bawa balik Melaka semua sudah aku siapkan sejak malam Khamis. Aku sempat singgah stesen minyak untuk tuang minyak dan stock up sedikit makanan dan minuman untuk alas perut anak-anak dalam perjalanan nanti. Kemudian terus ambil Judin pula dan tanpa lengah aku memandu ke Melaka.

Dari BSP – Pedas Linggi, hujan turun tak berhenti-henti. Aku tawakal memandu. Mujur anak-anak beri kerjasama walaupun ada gangguan minor dari Judin. Aku terpaksa berikan gajet seorang satu sebab selera lain-lain. Judin nak tengok ABC Phonics manakala Eskandar nak tengok Boboiboy Galaxy. Asalkan tidak berebut sesama sendiri dan mengganggu konsentrasi aku memandu, aku okay.

Memandu dalam keadaan hujan lebat tak nampak apa memang menakutkan. Banyak kereta pasang hazard light dan aku agak terganggu dengan lampu blinking-blinking macam tu. Kalau tak yakin sangat, tak pula berhenti di RnR. Jadi aku berdoa ajelah biawak kat depan aku tak tukar lane sesuka-suki sebab aku tak boleh baca hati dia.

Hati dan perasaan aku nak cepat aje keluar dari lebuhraya ini dan sampai rumah. Rindu rumah aku…rindu tilam dan bantal dan rindu ya amat pada dia. Pukul 8:30 malam aku sampai lepas 4 jam memandu.

***

Quote di atas sama aje yang aku rasa setiap kali aku dengar lagu Love Struck Me Down-Wanting. Dan sekarang aku faham kesanggupan memandu berjam-jam untuk berjumpa yang tersayang. Ia menjawab persoalan aku tentang kesanggupan manusia memandu sehari-suntuk untuk pulang beraya.

Aku pernah buat benda yang sama bila rindu pak angkat kat Jepun. Tapi itu aku pakejkan sekali dengan tujuan menyambut anniversary kami. Jadi takdelah nampak macam satu sebab aje untuk berjalan jauh. Haih, rindu pak angkat…

Insya Allah kami akan plan roadtrip berdua bulan depan. Rasanya kali terakhir roadtrip berdua adalah 2 tahun lepas ke Terengganu. Mungkin kami mahu cuba pusing Semenanjung Malaysia kalau cantik susunan perjalanan yang bakal dilaksanakan itu.

Itu aje nak tulis. Lama sangat tinggal nanti jadi malas ? eh, baca sampai abis ke? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *