Biarkan Berlalu..

2012 sudah berlalu…Biarkan sahaja ia pergi. Tidaklah terlalu indah, tidaklah menyakitkan juga. Ia pengalaman dan ujian berat yang berjaya aku lalui walau apapun ketetapan tuhan. Sebagai manusia beragama, aku kena terima dan redha. Yang indah aku kenang, dan yang pahit aku telan. Selalu juga aku kalah ┬ádengan emosi, tapi siapalah kental sangat dalam dunia ni, kan..

Semester 3 telah selamat aku lalui. Apapun keputusannya, aku harap tiada lagi episod mengulang dan dalam niat tawakal yang ada, aku mohon tuhan permudahkan segalanya. Bukan mudah untuk aku lalui semester ini dalam keadaan permulaannya sedikit berkecamuk, pertengahannya berterabur dan penghujungnya pelbagai bentuk. Kerana itu sering aku pohon permudahkanlah, ringankanlah beban yang ada dan kasihani aku melalui semua ini dalam keadaan yang tidak keruan.

Tuhan sayang aku, aku tahu. Dia uji dari segenap sudut. Sudut duniawi, sudut kesihatan, sudut kewangan, sudut setia kawan dan sudut kekeluargaan. Yang akhirnya aku tahu, ia akan menguatkan seorang aku jua. Agak takut aku memikirkan masa depan. Tak payah jauh sangat, memikirkan minggu-minggu yang akan aku tempuh. Aku mahu kesudahannya indah. Kerana itu aku sanggup melalui rintangan yang merentang. Pasti, ketakutan tak pernah hilang tapi mungkin dengan berkat doa mama dan restu suami aku mampu lalui semua ini. Tak mahu melarat kebarangkalian yang pelik-pelik. Belum mahu aku jelajah ke sana..

Mungkin kerana itu aku agak culas menulis. Aku tahu aku bayar domain ini untuk memaksa aku rajin menulis. Tapi sekitar Disember lepas, aku larut sebentar dalam kemalasan, kesibukan dan enggan berkongsi rasa. Banyaknya aku habiskan masa menjelajah pemikiran orang lain. Apa yang mereka rasa..apa yang mereka lalu..berjayakan mereka melaluinya dan mampukah aku melalui semua itu – setidaknya lebih indah kesudahannya dari mereka.

Aku baca kembali post-post akhir tahun yang terdahulu. Betapa banyaknya azam yang berjaya aku capai. Yang gagal sentiasa aku bawa ke tahun hadapannya. Ia indah…berjaya aku selesaikan azam-berazam itu walaupun memakan masa. Siapa kata ia ambil masa setahun untuk berazam dan setahun untuk dicapai. Bawa dia kemari – nak aku sepak mukanya tanpa henti.

Tahun ini aku punya harapan yang besar. Seperti biasa aku mohon tuhan permudahkanlah.

p/s: aku mendapat info mana aku tiada lagi di unit lama. Ya, itu berita yang sangat baik dan permulaan yang baik bila aku kembali ke pejabat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *