Bersama Berdua..

Sebelum bercerita lebih lanjut, aku ucapkan terima kasih kepada Hadi kerana sanggup membatalkan plan percutian solo beliau ke negara jiran. Aku hargai itu dan kebetulan beberapa siri pertemuan memerlukan dia ada di kawasan berdekatan. Thanks again..i do appreciate that..

Seharian kami menghabiskan masa di The Curve. Makan di restoran kegemaran aku yakni Waroeng Ayam Penyet, menonton wayang dan menikmati kek lazat di Suchan. Selepas itu pula kami sambung melepak di Nirwana, Bangsar bersama beberapa rakan kelas yang lain. Terasa sangat pantas masa hari ini berlalu… Sudah lama kami tak keluar berdua, bersembang dan bergelak ketawa bersama.

Hidup bersama ini ada turun naiknya. Tapi kalau kami boleh survive dari tahun 2000 sampailah sekarang, bermakna hanya usaha dan komunikasi sahaja yang mampu menyelamatkan apa juga badai yang ada. Akhir-akhir ini bertambah selesa jua adanya..Moga berpanjangan sampailah keakhirnya.

Sempat kami mengimbas kenangan dari zaman bercinta sampailah 5 tahun berkahwin. Jika dibandingkan dengan orang lain, kami ini bertuah sebenarnya. Kali ini aku tak membenarkan kekurangan menyebabkan kami tidak lengkap..Pada orang ya. Tapi setidaknya ini yang terbaik ditakdirkan untuk kami. Doakanlah..insyaallah segalanya akan indah kembali.

Terima kasih Hadi…saya sayang awak 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *