Bercuti dengan Eskandar Dzulkarnain – Bahagian 3

Debok yang comel temani kami sarapan
Debok yang comel temani kami sarapan

Kami bangun pagi itu sedikit awal. Sekitar 6.30 pagi, menguruskan lampin dan memberi susu pada ED yang mulai merengek-rengek lapar. Ingatkan nak keluar ke pantai, feeling-feeling melihat matahari terbit. Takde maknanya…terasa katil masih merayu-rayu mintak dihempap.

Akhirnya 7.30 pagi kami keluar dari bilik dan mencari sarapan. Sangat sedap roti bawang sardin yang dipesan dikedai Paksu. ED pula terlebih-lebih manja dan pagi itu dia tidak kisah gambarnya diambil. Kang cakap anak sendiri comel kata perasan pulak. Tapi itulah dah jadi mak bapak….asal anak sendiri comel jugalah adanya.

Lepas sarapan, kami ke pantai dan mengambil gambar bertiga. Fuh, lega….berjaya juga semalam bersama ED tanpa bantuan mama ataupun Ameera. Disebabkan kakak ipar kami yang duduk di Pekan baharu bersalin, kami bercadang daftar keluar dari bilik awal dan terus melawat baby baharu dalam keluarga belah Hadi. Inilah cucu perempuan pertama Tok Hamzah. Tapi kata abang kepada Hadi, mereka semuanya akan ke Kuantan Specialist Hospital kerana baby masih kuning. Kakak ipar pula mahu membuka jahitan %$#^$% ok! ok! Seram aku mengingatkannya.

Cuba teka berapa orang?
Cuba teka berapa orang?
Tadaaaa...
Tadaaaa…

Kami tak dapat tengok bayi lama-lama. Sekadar menjengah dari bilik kaca. Yang kakak ipar aku pula apointment dengan doktor, tapi doktor ada kes emergency. Nombor giliran dia ialah 18 dari 25. Gilalah…swasta tu. Disebabkan hampir 2 jam menunggu dan kami mahu meneruskan percutian ke lokasi yang belum dikenalpasti, kami menselamat-babaikan mereka semua dengan bingkisan baju bayi perempuan yang sangat comel, yang sempat dibeli di Berjaya Mall.

Jam hampir 12.30 tengah hari, perut mulai terasa lapar. Kami bercadang ke Kuala Rompin. Aku beritahu Hadi, udang galah Kuala Rompin sangat champion. Kali terakhir aku makan udang di sana saiznya sebesar penumbuk! Tapi perjalanan makan masa hampir 2 jam, sanggupkah tunggu? Kami berhenti di tepi jalan dan aku bancuh makanan ED terlebih dahulu. Kami masih boleh bertahan, tapi waktu makan ED sudah tiba.  Biarlah dia makan dahulu dan tidur sepanjang perjalanan.

Sebaik sampai di pekan Kuala Rompin, papan tanda udang galah king mula memanggil. Kami berhenti dan terus makan di situ. Kami dilayan penuh mesra oleh tuan punya kedai, diberikan bilik berpenghawa dingin dalam keadaan cuaca punyalah panas terik. Mujur kami sampai selepas waktu makan tengah hari, kalau tidak konfem berebut dengan orang ramai. Aku dan Hadi sepakat memilih udang galah masak sweet and sour. Pada mulanya macam teringin masak lemak. Tapi setakat masak lemak aku boleh masak sendiri.

Giler sedap..
Giler sedap..

Akhirnya makanan sampai…punyalah sedap! Sehingga ke titisan sambal yang terakhir. Pekena pulak dengan kopi ais yang sungguh sedap buatannya. Masa kitorang order kopi ais pakcik tu cakap sangat jarang pasangan muda yang minum kopi di kedai dia. Ok, aku senyum…sebab pasangan muda ya 🙂

Kami kemudiannya bermalam di Kuala Rompin Beach Resort. Chalet mengadap laut, tingkat no. 2. Jenuh nak punggah barang, padahal lepak semalam aje. Tapi memang berbaloi sebab mengadap laut dan dapat angin yang kuat. Kami bertiga sangat selesa di sini. Tempatnya luas. Memang letih mengejar ED yang menggunakan ruang sepenuhnya.

Malam itu kami ke satu tempat yang kalau tak silap, macam festival Kuala Rompin gitu. Punyalah banyak jual-jualan. Tapi apapun aku tak beli. Ada karnival dan funfair, pun tak masuk. Mengendap dari luar sahaja. Hari seolah mahu hujan. Nak berjalan, pekan Kuala Rompin tidaklah besar mana. Jadi ia menepati konsep kami untuk berehat dan menghabiskan masa bersama.

Makan dulu sebelum berjalan ya...
Makan dulu sebelum berjalan ya…

Esoknya kami menghabiskan 2 malam di Melaka. Dapat juga kami menghabiskan masa bersama. Ia sangat bermakna, kerana kami tahu – selepas ini percutian kami pastinya berbeza 🙂

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *