Bercuti dengan Eskandar Dzulkarnain – Bahagian 2

Layan ED bermain sampai mengantuk
Layan ED bermain sampai mengantuk

Sambungan cerita semalam.

Kami mendaftar masuk di Batu Hitam Resort sekitar jam 5.00 petang.  Tempat ini sangat cantik dan mengadap laut. Ada swimming pool, tapi kami tak terasa nak mandi-manda pula. Pada mulanya macam nak beli pelambung bagai-bagai untuk Eskandar Dzulkarnain melakukan outing mandi kolamnya yang pertama. Tapi entahlah…kalau seorang-seorang tak berapa seronok feeling dia. Nak kena ada abang-abang saudaranya baharulah terasa seronok mandi kolam. Oleh kerana keletihan, kami bertiga terlelap seketika. Tapi tak lama sangat, ED mula meragam.

Inilah perkara yang aku risaukan sangat-sangat kalau nak bercuti bertiga. Aku takut tidak terkawal keadaan atau ‘gangguan’. Kami berdua letih yang amat sangat rasanya. ED mula menangis, tapi kami tak tahu sebab apa. Hari makin senja. Akhirnya dia aku mandikan, buatkan bubur untuk makan malam dan meletakkan dia ke dalam walker yang sengaja kami bawa. Sebenarnya bukanlah meragam kerana apa. Rimas dan lapar sahaja tu. Dan satu lagi…dia nak berak!

****

Malam itu kami makan malam di restoran berhampiran sahaja. Servis yang cepat, makanan pun sedap. ED yang sudah kenyang hanya duduk dikerusi kanak-kanak dan sekali-sekala menepuk-nepuk kerusi meminta perhatian kami. Apa sangatlah yang hendak kami buat di Kuantan sekitar 8.45 malam. Selepas makan, kami ke Esplanade kononnya mahu cruising dengan bot malam. Sebaik sampai, bot terakhir baharu saja berlalu. Rupanya bot terakhir ialah pada pukul 9.00 malam.

“So, nak kemana kita?” tanya Hadi yang memang tidak familiar langsung dengan bandar Kuantan.

‘Jalan Wong Ah Jang,’ kataku sedikit gelak. Dia tak faham kenapa.

Nak ke karoke, tak sesuai. Nak ke rumah kawan, kawan pula balik KL. Jadi kami cruising naik kereta saja. ED yang mulanya aktif semakin layu. Aku sedaya-upaya menahannya dari tidur. Jenuh diagah-agahkan. Sumpah, aku rasa sangat serba salah menahan dia daripada tidur. Tapi kami risau dia dah tidur dalam kereta tak mahu tidur pula bila sampai bilik. Berjaya juga kami menahan dia daripada tidur.

Sampailah ke bilik yang dituju. Sekonyong-konyong aku letakkan dia atas katil, terus segar kedua bijik mata anak itu. Tadi bukan main lentok. Kami bergurau bertiga. Akhirnya semua mengantuk dan tidur sementara menunggu pagi menjelang. Mujur kami bertiga keletihan yang teramat. Pak Guard yang bersembang betul-betul di luar bilik kami speakernya sangat kuat! Tapi kami terlalu letih dan zzz….zzzz…zzzzz….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *