Bercuti dengan Eskandar Dzulkarnain – Bahagian 1

Asal masuk kereta, lena...
Asal masuk kereta, lena…

Bulan Mac lalu merupakan bulan paling sibuk bagi aku dan Hadi. Jadual aku sangat padat dengan kursus, menyiapkan bahan kajian dan balada seorang kelana yang ditinggal suami ekoran PRK Kajang. Jarang sekali aku dan Hadi dapat berjumpa. Anak pula hanya aku yang sempat balik dan melayannya. Hadi jarang dapat kesempatan itu.

Apapun aku bersyukur dengan bulan Mac – sungguh! Banyak perkara-perkara baik yang berlaku. Justeru Mac masih indah ­čÖé

Sebaik sahaja habis PRK, memang aku dan Hadi merancang untuk bercuti sekejap untuk mengeratkan hubungan keluarga sesama kami. Agak merisaukan aku sebenarnya percutian ini, sebab untuk pertama kalinya hanya kami bertiga akan bercuti bersama. Aku sedikit risau mencuba tidur di kawasan yang baru kerana risau kalau-kalau Eskandar Dzulkarnain tidak selesa dan mula meragam tak mahu tidur malam. Hadi meyakinkan sudah tiba masanya untuk kami mencuba pengalaman ini.

Kami merancang bercuti ke Pahang. Banyak singgahan yang kami rencanakan. Singgahan pertama ialah rumah bapa angkat Hadi yang terletak di Temerloh. Hampir 3 tahun kami tidak ke sini. Kehadiran kami disambut dengan tangan yang terbuka dan dijamu dengan masakan signature di sini – Tempoyak Ikan Patin. Apa yang mengharukan ialah ia dimasak oleh ibu angkat Hadi yang dengan penuh semangat balik awal dari kerja tengah hari itu. Selain tempoyak ikan patin, kami dijamu dengan ikan bakar tilapia, ikan belida goreng, ulam-ulaman dan kuah asam yang super power sedap rasanya. Punyalah sedap!

IMG-20140331-WA0039

Belum pun habis kami makan, datang satu keluarga yang kebetulan mahu membeli vespa lama bapa angkat Hadi. Pada mulanya dia menolak untuk makan bersama kerana tempoyak ikan patin bukanlah satu yang aneh dikawasan itu. Tapi apabila dikhabarkan masak tempoyak itu bukan dibeli, tanpa segan silu terus minta pinggan!

ED pula memang anak yang baik, sentiasa memberikan kerjasama pada kami setiap kali waktu makan. Kami bergilir-gilir makan dan menjaga ED. Pada mulanya dia menolak juga bila mahu dipegang oleh bapa angkat Hadi itu. Tapi bila dah lama tu pandai pula merangkak-rangkak sendiri mencari orang tua tu. Sempatlah mereka bergambar sebelum perjalanan diteruskan ke singgahan seterusnya.

IMG-20140331-WA0045

Kemudian kami singgah Kuantan. Salah seorang rakan baharu bergelar usahawan dan kami mahu memberi kunjungan hormat.┬áKonon-konon dah sampai nak buat surprise nak mintak aiskrim Magnum Gold, tapi tak mahu bayar. Tak sempat buat surprise dah kena sergah. Terima kasih atas layanan yang diberikan – askem telinga panda hitam dan air bekalan perjalanan. Kalau berkesempatan, akan kami singgah lagi.

IMG-20140331-WA0036

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang tidak diketahui. Cadangnya seolah mahu ke Cherating. Malangnya hotel-hotel yang teringin aku menginap semuanya penuh. Maklum sahaja waktu itu cuti sekolah. Oh, ada yang bertanya kenapa aku bercuti padahal anak aku tak sekolah pun. Kening kak Ziana macam nak terangkat tapi aku katakan juga, itu sahaja waktu yang kami ada untuk menghabiskan masa bersama.

Hari semakin gelap..Akhirnya kami bermalam di Black Stone Resort, Kuantan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *