Bercakap Dalam Hati..

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

Masa siaran, aku terdiam apabila playback Ungkapan Emas di pasang.

‘Sebuah analogi yang baik seringkali bernilai sama dengan tiga jam perbincangan’ – James T. Mc Kay

Macam mana kalau tiada perbincangan? Main pukul rata aje..Dan bagaimana analogi itu hanya berdasarkan beberapa catatan SMS aje.

Ada yang pernah berkata ‘selalunya apa yang tertulis dalam SMS adalah apa yang benar-benar kita maksudkan, sebab itu ditulis dari hati’. Really? Kalau aku dipertikaikan bagaimana pula pihak kedua? Aku boleh mempertikaikan macam-macam. Tapi sebaliknya dengan kebodohan aku meminta maaf pula. Maaf yang aku maksudkan tapi tak bermakna.

Bagaimana dengan lahiriahnya manusia yang tidak gemar bercakap? DIAM AJE…cakap dalam hati dan cakap dengan dinding lebih mudah.Aku nak cuba jadi manusia tu.

Atau manusia yang mudah sentap? Baru cakap sikit dah moncong todak sampaikan mood aku pun terbang jugak?

Jadinya analogi tetap bersifat analogi.

Memang siooooot sangat..aku nak diam dan hanya diam…
Tetap diam..diam…diam….
Dan bercakap dalam hati dan dengan papan kekunci….
Dan bercakap dalam mimpi…

Lebih mudah dan tak menyakitkan sesiapa. Sepantas suntikan di punggung. Cepat tapi berbisa.

Kadangkala aku rasa baik aku tak buka hati untuk sesiapa kalau kesudahannya yang aku dapat hanya cedera…

Aku hanya ada diri aku….seorang, sepi dan menjauh………..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *