BENNY DRIVE KE JB!

 

Minggu ni bawa anak-anak berjalan dan mandi kolam. Walaupun demam, kayuh juga sebab semua dah arrange awal. Kali ini aku memilih Johor Bahru sebab alang-alang adik bongsu aku ada di sana, bolehlah lawat dia sekali. Aku bawa mama dan Zairil bersama untuk menemankan aku memandu.

Ini pertama kali travel dengan anak-anak tanpa abah mereka. Abah pergi jimba kat Bali dengan geng The Sickos. Menguruskan 2 anak istimewa memang menduga ya amat. Mencanak-canak BP naik. Terkeluar suara Macy Gray dan falseto Mariah Carey bila dua-dua berebut mahu benda yang sama.

Aktiviti wajib anak-anak pastinya terjun kolam.¬†Judin pula tiba-tiba nak kapal selam milik ada satu anak India yang sedang seronok mandi-manda. Jenuh aku minta maaf pada bapa budak tu dan bagitau Judin ni autistic. Terus abang tu hadiahkan kapal selam anak dia pada Judin. Siap perhatikan Judin bila dia mula mandi kat tempat yang agak dalam. Tapi kesian anak dia usha aje tak puas hati. Aku trade dgn water gun pun dia tak mahu. Kapal selam tu tak lepas setiap kali dia terjun kolam. Kemudian Eskandar pulak merengek nak kapal yang sama. Memujuk aje kerja aku sepanjang berendam dalam kolam yang super best tu. Untuk memudahkan aktiviti mandi kolam di masa hadapan, aku terus ke DIY dan dapatlah lagi 2 buah kapal selam yang sama – walaupun warna pink! Takpelah…asal kapal selam.

 

 

So far ok la…cuma tak berani makan di kedai sebab risau aku tak mampu handle diorang. Tapau aje makan dalam bilik. Yang penting stok Maggi ayam mencukupi. Tapi sekali tu aku cuba juga makan di Nasi Ayam Talip, Gelang Patah. Alhamdulillah semua bagi kerjasama. Mana taknya…gajet seorang satu! Kejap aje takpe sebab nak makan dengan aman.

Bila pandang anak-anak tido, aku rasa hari yang aku lalu not so bad. Asal diorang happy aku kena buat juga. Cuma next time aku kena pastikan ada pelampung, kapal selam, itik, water gun dan senarai ini akan bertambah bergantung mainan orang apa yang diorang nak….haih.

#forevermeansforever
#myautisticson
#myADHDson
#supermomyangcengeng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *