Bengapnya Maxis..!

Zaman mula-mula berinternet, aku guna modem Maxis. Alang-alang prabayar perantau itu, makanya kalau bil disatukan alangkah mudahnya berinternet, walaupun kelajuannya tidak sehebat taufan Nesta. Ok, itu senario 2 tahun lampau…sedikit janggal disamakan dengan zaman pra-sejarah.

Awal Januari lalu, aku gatal nak pakai Blackberrry atas hasutan rakan sebaya. Jadi, Maxis memilih Maxis sebab pakej yang ditawarkan berpatutan – sangkanya. Ketika itu, aku mahu membuat semakan, aku dimaklumkan namaku ini – yang diberi di dalam mimpi oleh yang tersayang – telah disenaraihitamkan. Kunun cerita, aku tak habis bayar modem Maxis. Pantas aku menjadi Mazidul di situ juga… Kenapa senaraihitam padahal aku tak pernah miss bayar bil? Kenapa tak pernah maklum? Bagaimana aku nak keluar dari senarai itu?

Setelah berpuashati, aku membuat bayaran tunggakan yang dimaksudkan dan akhirnya menjadi pengguna Blackberry yang bahagia..sangkanya. Pernah aku tanyakan, berapa lamakah masa yang diambil untuk mengeluarkan nama aku dari senarai itu. Sebulan katanya.. Kisah itu boleh ditatap di sini.

Adapun manusia bernafsu seperti aku tidak pernah lali dari godaan teknologi baru. Baru-baru ini aku ke Low Yat untuk mencuci mata dan melampiaskan serakah yang ada. Dipendekkan cerita, aku diberitahu nama aku disenaraihitam dan tak boleh mendaftar. Mulalah darah pahlawan ksatria dan dewa-dewa perang meresap. Apasal pulak saya kena blacklist?

“Saya dah selesaikan Januari dulu.” kata aku sedikit keras.

Jawapannya, Maxis memang ambil masa untuk keluarkan nama Cik. Kalau nak cepat Cik kena pergi Maxis center.

9 bulan masa yang pendek rupanya untuk keluarkan nama dari senarai. Aku ingat sebulan tu dah cukup lama. Aku faham sangat taktik bangang untuk mengelakkan pelanggan kau lari ke perantau lain dan nampaknya usaha itu menyebabkan rasa menyampah aku pada kampeni kau berganda-ganda. Ya, aku masih guna servis kau..aku bayar bil tanpa gagal dan aku nak tengok berapa lama kau nak keluarkan nama aku. Entry ini akan disambung tahun 2012,insyaallah..

p/s: Masa aku bayar tunggakan, release letter dikeluarkan,tapi laku sebulan..Motif?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

One thought on “Bengapnya Maxis..!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *