Belthazor..

image

Belthazor…
Makhluk jenama naga bermata juling dan seolah kecelaruan gender. Selalu konfius dengan kedudukan sama ada di atas bantal atau almari berdebu..

Belthazor..
Taringmu seakan jongang untuk seekor naga. Hidungmu kembang kempis dan sebelah keningmu seperti pembahagi jalan dilanggar kereta pemandu mabuk.. Perut buncit seperti berisi cacing pita..

Oh, Belthazor..
Malam ini sangat sunyi.. Tiada bulan dan tiada bintang. Tiada apa hanya nestapa. Kasih yang kusayang pun tiada disisi. Setiap sudut kosong..macam otak kau jugak..

Belthazor patung bisu dan konfius…
Kalau kau seperti si naga Merlin sudah kupinta bawaku terbang membelah awan. Berhenti di jambatan San Francisco untuk aku bersendiri di situ. Mungkin aku berjumpa Leo,elders yang bertapa..atau sudah dia menjadi avatar?

Belthazor..
Kau kiut dan comel dan celaru..Kerana itu aku sukakan kau..Kau buat aku senyum..kau temankan aku disaat hiba. Aku berterima kasih atas perasaan itu..walau kau hanya patung biasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *