Belasungkawa Azizi Abdullah

Al-fatihah buat arwah..

 

Penulis novel terkenal ‘Seorang Tua Di Kaki Gunung’ meninggal dunia pagi ini setelah dimasukkan ke ICU sejak 11 Ogos lalu di Hospital Pulau Pinang. Takziah buat ahli keluarga Allahyarham dan sesiapa yang mengenali allahyarham.

Seorang Tua Di Kaki Gunung adalah satu satu naskah epik yang menjadi bahan bacaan wajib aku zaman sekolah rendah dahulu. Dan kalau tak silap, ia pernah disiarkan di RTM sekitar 80-an dengan teraju utama, Tamam Idris. Aku ingat-ingat lupa siapa lagi yang berlakon dalam drama itu sebab aku masih dibangku sekolah rendah.

Novel itu kemudiannya aku sedekahkan disebuah tempat sama ada rumah anak yatim atau pusat tuisyen. Kata orang, kalau nak sedekah berikan apa yang kita suka..Dan itulah dia…Akan aku cuba mendapatkan naskah lain jika terjumpa.

Al-fatehah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *