Begitukah Kesudahannya..

Seseorang pernah berkata kepada aku – ‘dalam dunia ini bila susah hanya kawan-kawan yang akan membantu. adik-beradik jangan harap…..’ Pasal harta, hubungan adik-beradik boleh berantakan tak kisah walaupun berapa nilainya..

Melalui episod keluarga aku dituduh macam-macam kerana harta sekangkang kera memang menyakitkan hati dan jiwa. Sampaikan aku bergolok-gadai mendahulukan apa yang ada demi menjernihkan suasana dan membuatkan mama tak runsing. Mujur nilai itu masih mampu aku cekau dikit demi dikit..Kalau mencecah ratusan ribu rasanya mahu 10 tahun baru selesai hal pembahagiannya..

Aku masih ingat….Aku, mama dan famili kakak bertemu Pak Long di sebuah taman permainan berdekatan Balai Bomba Batu Gajah. Kami hanya mahu berjumpa Pak Long sahaja untuk menyelesaikan pertelingkahan famili ini. Oleh kerana aku yang mendahulukan semuanya, aku mohon aku sendiri menjadi jurucakap supaya apa yang terbuku dihati semuanya dihambur keluar..Sebelum wang aku serahkan, aku tegaskan tiada lagi perkara berbangkit antara kesemua keluarga dan aku tak kisah apa nak jadi dalam hubungan dengan adik-adik arwah abah ini.

Kami kemudiannya bercuti semalam di Cameron Highlands untuk menyejukkan hati dan badan yang mulai lega – hal tanah selesai. Sempat kami meramalkan apa yang akan terjadi antara keluarga belah mereka pula..

2 hari lepak mama mengkhabarkan sesuatu..Kini mereka pula berantakan. Aku tak tahu nak rasa gembira atau rasa sedih. Aku cuma ada rasa lega sebab keluarga aku tak lagi bersangkutan dengan episod pergaduhan mereka. Hari itu, aku tahu aku menjadi hero/heroin hindustan – kalah dulu menang kemudian.

Oh, dan aku yang dahulunya dicap sebagai kurang ajar dan keras kepala menjadi sanjungan atas apa yang aku buat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Replies to “Begitukah Kesudahannya..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *