BBQ Groupie

Sabtu lepas,rakan-rakan kelas bersetuju membuat aktiviti pembakaran bbq terbuka di Bagan Lalang. Aku sangatlah eksaited memandangkan tempat bakar ayam itu hampir setahun menung dalam stor. Jadi bila ada yang sudi membuat cadangan dan kebetulan mendapat sambutan, kadar keseronokan yang aku rasa sangat maksima.

Sebelum bertolak aku Fariq dan Farah membeli barang-barang keperluan di Giant Shah Alam. Terima kasih kepada cashier yang maha lembap kerana melambatkan urusan kami di situ. Selepas membeli air bubble pelepas lelah, kami kemudiannya berkumpul di Khalifah. Kak Ros dan Fadil sedia menunggu. Abang Kastam pulak datang lambat sebab memberi ceramah cara berhujah dengan berkesan – konon!

Selepas Izzatul dan anak-anak sampai, kami terus bertolak. Janji untuk jumpa Zhafrie di sana sahaja. Kalau tunggu, alamat membakar kat Tasik Shah Alam ajelah jawabnya. Pembahagian kerja dibuat secara diktator oleh Farah. Entah siapa lantik dia jadi kapitan pun tak tahulah. Semua membuat kerja masing-masing dan sessi pembakaran berlangsung dengan pantas dan tertib. Tak sangka…berjaya juga membakar ayam dalam waktu yang singkat di situ. Mujur hari tak hujan dan cuaca pun sangat molek.

Menu di sini hanya ayam dan sosej sahaja. Nasi goreng kampung telah dibeli siap-siap. Cuma yang istimewa ialah ayam itu disalut dengan madu dan mentega bagi mendatangkan diabetes pada yang makan banyak dan sos salsa homemade oleh Kak Ros. Itu mahal….kerana dibuat dengan kasih sayang. Juga coleslow segera yang di sagat dilokasi. Bukan makanan yang utama..kehadiran rakan-rakan dan pensyarah itu yang didambakan.

Lewat petang, Prof. Rajib sampai…sessi berborak dan makan-makan dibuat secara santai. Tiada protokol di sini. Semuanya aktiviti bebas. Selepas Maghrib, Prof. Faridah pula sampai dan pantas kami semua menjamu beliau dengan makanan yang masih banyak. Agak sedih sebab Moses tak dapat bersama kerana ada kerja lain. Tapi yang hadir ini pun sudah cukup menggembirakan hati kami semua. Bukan senang nak melepak secara santai begini. Walaupun ramai yang tak dapat hadir, kiranya perjumpaan begini dapat juga mengeratkan hubungan sesama sendiri.

Lepas semuanya selesai, sessi melepak bersambung – juga di Khalifah. Tapi nampak sangat masing-masing sudah keletihan. Ada yang dah crack dan mengarut pasal Jerman.

Apapun, terima kasih pada semua. Nanti kita buat lagi dan lebih meriah hendaknya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *