Batuk…

ubat

Ramai yang tak berapa sihat disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu akhir-akhir ini. Batuk bersahut-sahutan antara satu pelaku ke pelaku yang lain, tak ubah seperti satu simfoni yang tak indah di pendengaran.

Satu hari, salah seorang kawan aku batuk.
Koh..koh..koh…
Koh…koh…koh..

Kasihan….aku cuba membantu. Beg oren pink yang disandang aku seluk. Seluk-seluk tak jumpa. ‘Alahai, sorry geng…ubat batuk tinggal kat opis’ kataku dengan perasaan bersalah.

‘Aku ada ubat batuk, tapi kat umah’ seorang pelaku menjawab.
‘Kenapa kau tinggalkan ubat batuk kat ofis, nak bagi tikus makan ke?’ tanya seorang pelaku. Rasanya bukan yang batuk tu. Tapi yang cakap dialog di atas.

‘Macam mana tikus tu nak tahu berapa banyak nak makan, penyukat tu aku bawak’ balasku jujur.

Memang aku bawak penyukat tu. Sebelum balik, singgah toilet dan basuh. Disebabkan malas patah balik, aku simpan terus dalam beg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *