Bajet 2014; Menangani Kos Sara Hidup

bajet_categories_SARAHIDUP

akusangpenerbit.com yang dikasihi,

Salam 1Malaysia,

Berhubung cadangan-cadangan Bajet 2014 yang diterima Kementerian Kewangan, topik kos sara hidup telah menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Saya sedar betapa kos sara hidup adalah sesuatu yang sangat penting, kerana ia melibatkan kehidupan setiap orang rakyat Malaysia secara langsung.

Pelbagai inisiatif telah diwujudkan bagi mengurangkan bebanan rakyat seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KRIM), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Klinik 1Malaysia, Pusat Internet 1Malaysia dan Pusat Jagaan 1Malaysia.

Percayalah, usaha untuk meringankan beban rakyat tidak terhad setakat langkah-langkah yang telah diperbutirkan di atas sahaja. Banyak lagi cara yang bakal diperkenalkan atau ditambahbaik, untuk melestarikan usaha memastikan kehidupan rakyat sentiasa selesa dan terjamin.

Ikutilah pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini untuk mengetahui langkah-langkah susulan yang bakal dilaksanakan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh membacanya di blog sayahttp://www.1malaysia.com.my/blog/bajet-2014-langkah-langkah-menangani-peningkatan-kos-sara-hidup/.

Najib Razak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *