Bajet 2012..

Bajet 2012 akan diumumkan beberapa jam dari sekarang. Katalah bajet itu bajet pilihanraya, bajet beli jiwa dan apa juga yang tersisa, aku tak peduli. Kalau ada, ada, kalau takde – sila rujuk sejarah lampau 🙂

Bajet ini aku nantikan dengan perasaan yang sangat romantik, keinginan meninggi dan lega. Semuanya kerana aku tidak lagi sakit jiwa untuk menerbitkannya. Ya…tiada orang perasan bagus..tiada orang mahu ambil kredit (kalau ada pun aku dah cuti hahaha) dan tiada gangguan dari mergastua.

Dan aku sudah merangka-rangka bajet untuk membawa mama dan adik-adik bercuti di Cherating Februari tahun depan, masa aku tengah cuti semester. Mana tahu, silap-silap haribulan kalau kena dengan ‘rezeki’ Impiana lagi kita 🙂

Haaaaarapan setinggi gunung……

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *