Bahaya Soket Penyambung Elektrik

Dalam rumah kita mesti ada soket penyambung elektrik atau mudah katanya ‘extention’ plug. Dengan soket inilah pelbagai peralatan elektrik dapat digunakan serentak. Disitulah dicucuk segala pengecas telefon bimbit, soket untuk komputer riba, lampu, ‘rechargeable battery unit’ dan lain-lain peralatan yang dirasakan perlu. Tak ramai yang peduli adakan potensi overload akan berlaku sebab selagi tak bau pelik dan api tak menyala semua orang anggap soket penyambung elektrik itu menjalankan tugasnya dengan baik.

Dipejabat juga begitu. Satu punca plug dan berseliratlah dengan komputer punya wayar-wayar dan segala tok nenek yang lain. Kena tunggu terbakar jugak barulah nak insaf. Pepatah beringat sebelum kena sudah jadi ‘sudah kena baru ingat’.

Semalam, seorang bayi berusia 6 bulan mati selepas terpegang soket ini. Tapi isu ini tidaklah kecoh amat menjadi isu nasional. Siapa yang tahu, tahulah.

Aku selalu membebel pasal pengecas telefon bimbit, jika tidak digunakan tolong tutup punca suis supaya aliran eletrik terhenti. Risau juga manalah tahu basah-basah selepas mandi tiba-tiba terpijak mesti kena kejutan elektrik. Inikan pulak budak 6 tahun berbuih-buih mulut air menitik memang sohehlah kena.

Siapa yang ada anak kecil, suka aku ingatkan berhati-hati dengan peralatan elektrik yang ada dalam rumah anda. Kita memang sudah memastikan yang terbaik untuk ahli keluarga tapi budak bukan tahu apa. Beringat sebelum kena, dah jadi menangis tak guna..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

One thought on “Bahaya Soket Penyambung Elektrik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *