Bagan Tengkorak

bagan

Sudah 2 hari aku ke pejabat bersama-sama Hadi. Dia berkursus di INTAN. Sudah 2 hari juga kami merasa berdua-duaan, walaupun sekejap, walaupun setakat di dalam kereta. Dapatlah bersembang hal rumah tangga, hal percutian dan isu-isu lain.

Akhir-akhir ini dia gemar melayan trap music. Lebih kurang macam itulah genrenya. Muzik apa yang terperangkap pun aku tak tahu. Sakit telinga aku dengan lagu macam anjing tersepit, tayar basikal pancit dan mencungap-cungap. Nak dengar radio pagi-pagi lagilah tak kuasa. Penuh dengan penyampai delusional dan gelak ketawa sesama sendiri.

“Tukarlah lagu lain. Pasang Jomblo Happy,” aku memulakan sesi request lagu. Kami pun menyanyi-nyanyi riang sambil meredah kesesakan jalanraya.

“Lama tak dengar lagu Katon Bagaskara – Dinda Di mana. Pasang lagu itulah,” sekali lagi aku membuat permintaan macam tuju-tuju lagu pulak. Lagu berkumandang, cuma aku sahaja berlagu riang. Dia mungkin tak tahu, jauh sekali hafal.

Tahu sahaja Youtube, dalam laman yang sama ada pilihan lain yang ditawarkan selain lagu ini. Mungkin kerana dia terperasan Yogyakarta – KLa Project,terus dia klik lagu itu selepas lagu Dinda Di mana berakhir. Aku bernyanyi seperti biasa.

“Eh, yu tahu lagu ini?”

Yup..sudah bertahun-tahun aku tahu. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh tahu. Sempat aku ceritakan tentang kumpulan KLa Project. Katon Bagaskara dahulu adalah ahli kumpulan ini. Kerana lagu ini juga aku memasang angan-angan untuk ke Yogyakarta.

“Cuba yu taip Malioboro-Doel Sumbang. Lagu itu pun best..lagu-lagu seberang banyak mempromosikan tempat-tempat menarik yang mereka ada,” begitu aku melanjutkan perbualan.

Kami kemudiannya bersembang tentang lagu-lagu yang mempromosikan tempat-tempat percutian dalam Malaysia. Lagu Cuti-Cuti Malaysia pun terjebak sama.

“Kenapa kita tak banyak¬†lagu mempromosikan tempat macam Bagan Tengkorak?” tanya Hadi. Aku hampir pasti dia serius, tapi aku tak boleh elak, aku tergelak juga.

Kalau nak, buatlah. Bagan Lalang, Bagan Datoh…boleh aje. Kalau aku pandai buat lagu, lama dah aku buat. Setakat nak buat lirik boleh aje diusahakan. Kalau mengharapkan orang, sampai kesudah tak jadi.

Sudahnya dia pasang lagu Greenday. Ok bye…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *