Badak Semput!

rhino_on_a_treadmill

Aku tak pasti sama ada faktor cuaca yang panas melanda Malaysia kala ini, gaya hidup aku yang kurang sihat, kekerapan minum berunsur ais atau kesemuanya menyebabkan aku tumpang juga awal Januari ini. Tahun baharu tak sampai 2 minggu pun, aku sudah kena amik gas sebab kesemputan yang agak kronik.

Jadi itulah…pembuka 2016 aku sudah kena semput. Padan muka kau, badak!

Hujung minggu ni nak travel tapi dah semput. Aku agak susah hati di situ. Tak seronoklah kalau nak berjalan tapi stamina tak kuat. Selepas edisi mengambil gas, aku tidur secukupnya. Rehat yang total, bak kata bekas bibik Mak Ngah aku dulu.

Semput ini mengajar aku 3 perkara penting iaitu jangan berkira sangat sebab nak murah, diet melampau akan membinasakan diri dan kos perubatan sebab semput mahal, setan. Jadi silalah jaga diri baik-baik agar tragedi ini tidak berulang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *