Babi Di Jalan Raya

Antara sedar atau tidak, semua orang ada barannya sendiri dan setiap orang ada cara yang berbeza bertindak balas apabila sebelah pihak lagi melawan/membalas atas apa juga isu. Jalanraya adalah tempat terbaik melihat wajah sebenar seseorang individu. Baik bawak motor, kereta, lori, waima pejalan kaki sekalipun, kita seringkali bertemu dengan kebodohan dan kesengalan yang menduga kesabaran yang tak berapa nak tinggi.

Motor mencelah macam pelesit, kereta tukar lane tak bagi signal, lori bawak macam pelumba F1 dan bangla melintas highway macam nyawa ada sembilan – ini antara senario biasa. Bolehlah kalau nak tambah motor bersaing bertiga-tiga, dari kiri hentak kaki sambil bersembang ria macam takde what’s app group. Bila orang hon, terus terasa dihati dan marah macam apa yang dia buat tu betul.

Ada kejadian, kereta kau kena sepak sebab kau hon. Kalau side mirror tu ada sensor kamera, jenuh nak mengganti.
Banyak kejadian, kau kena maki balik dan diacu middle finger. Bila kau balas, kau pulak kena cap kurang ajar.

Ok…tak semua penunggang motor macam itu ya, lapangkan dada dulu.

Abis kalau kejadiannya begitu, of course la kena hon. Takkan nak bersaing sebelah dia, menguntum senyum dalam keadaan nak mengejar masa menerangkan perbuatan saudara itu gini gini gini…???

Mujurlah kereta tu ada dashcam. Kalau takde, kejadian sebegini tak tular dan jadi pengajaran pada orang lain.

Atas hukuman yang diterima, rayuan yang mahu dibuat itu tak perlulah kita pula bergasak-gasak sampai membabitkan bangsa dan kes-kes lain. Kerana kesudahannya hukuman di sana maha adil dan saksama. Kita hanya manusia biasa dan setiap orang akan dihisab semula.

Berbalik pada perenggan pertama, semua orang ada barannya. Kesalahan pertama atau tidak, itu hanya yang dapat dibuktikan. Aku memang anti buli di jalanraya…Sama macam kes yang sepak perempuan yang lepas. Dari situ kita boleh nilai jenis manusia macam mana individu itu dalam mengendalikan amarah dan konflik.

Aku tak kata A betul, B salah. Tapi merosakkan kenderaan orang dan memukul orang itu salah – tolak faktor mempertahankan diri.
#apabilakakbennymenulis
#duapuluhsen
#enamsentakkayamana

Siti Norbaini Khairi

P/s:Pendapat peribadi. Takde kena mengena dengan mana-mana pihak apatah lagi tokey mercun katak…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *