B.o.d.o.h T.a.n.p.a S.e.m.p.a.d.a.n

“Ish,bodoh betul si anu..itu pun tak tahu pembahagi dua sama serenjang bla..bla..bla..equilibrium…Norman Hakim bla..bla..bla..cicak gecko dengan tongkat ali…” Kata pelaku terjuih-juih mulutnya membodohkan si polan.

Jawapan balas boleh jadi – memang bodoh si polan itu.., atau tak baik cakap macam tu,tuhan marah-dan lain-lain timbal balas berdasarkan nilai pembawakan yang ada.

Bodoh ini makro..bodoh mungkin kerana tak belajar atau bodoh kerana tak ambil tahu. Seorang arkitek dinilaikan dengan kertas kepujian cemerlang bagai dasyat amat melukis pelan,mengira itu ini dan mak nenek yang berkaitan dengan bidang kerjanya. Tapi bodohkah dia tidak kenal siapa gerangan Memey, Kilafairy tales,Jane Lynch ataupun Adigun?

Lanjutan itu manusia yang merasakan dirinya bodoh dan tak tahu akan terpinga-pinga. Yang tak kisah,tak ambil pot sebab ada manusia nak tahu apa yang dia mahu tahu saja. Persepsi orang pergi jahanam,asal dirinya bahagia seadanya. Aku hormati keputusan itu..

Yang malu ditertawa atau yang malu tidak punya ilmu akan buat bacaan,bertanya atau belajar secara formal. Ini proses tanpa henti sampailah waktu selayaknya terhenti.

Lagi banyak dia belajar,lagi laju otaknya berfikir. Tanya soalan sampai titik kulminasi yang akhir tapi masih tak penuh ilmu di dada. Disaat dia mula menghadami itu semua,barulah jelas kenapa 1+1=2.

Aku tahu jawapan pada antara ayam dan telor yang mana datang dahulu.

Secara peribadi bila proses penghujahan berlaku aku boleh pertahankan pendapat aku sebab aku tahu,apa yang aku tahu. Cuma bila aku tahu apa yang aku tahu,tapi memandangnya dari sudut heksagon,kepala aku mulai pening…Migrain macam teman tapi tak mesra dan perut mula rasa senak.

Lagi banyak aku tahu,lagi banyak aku rasa aku tak tahu dan pencarian itu membuatkan aku terasa bodoh! Ya,Allah…terasa kecil zarah diri aku ini.

Ini belum masuk sufism…Ya,aku tamak dalam pencarian ini kerana takuk bodoh itu perlu dijauhi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *