Azam Berazam?

Aku melepak di Victoria Station bersama Pengejar Masa. Sengaja aku memilih tempat itu sebab teringin nak makan dengan ‘feeling-feling orang kaya’..Asyik makan nasi bungkus pun muak juga. Jam 9.00 malam dia tiba di Angkasapuri dan kami menuju ke destinasi sambil borak-borak kosong.

Me : Apa azam u tahun nie?
PM : U tak baca blog I?
Me : Tak sempat…
PM : I takde azam….

Aku tanya, kot-kot la azam dia nak jadi Datuk ke, nak menjadi ketua keluarga yang bersih dari skandal ke..Jawapan dari Pengejar Masa buat aku rasa lain macam…(Mungkin sebab aku manusia berazam sejak dari aku tahu apa itu azam..)

Pengejar Masa cakap lebih kurang begini..
‘I baca statement pasal berazam tadi. Dia cakap, kalau orang tu berazam nak kurus, setahun dia akan rasa diri dia tu gemuk, low self-esteem etc..etc. So, kalau dia tak capai azam tu maknanya dia gagal dan dia bertambah stress dengan azam yang dia buat. So, baik tak payah ada azam..’

Suka hati la….Azam pada aku macam satu sasaran. Bila kita ada sasaran, kita akan ada sistem. Persetan sistem tu kita ikut ke tidak, tapi bak kata Meatloaf – Two Out Of Three Ain’t Bad. Setiap hari aku senaraikan apa yang perlu aku selesaikan mengikut kepentingan. Tak dapat semua, selesai sikit pun aku cuba buat. Kalau aku nak ke Giant Hypermarket pun aku buat senarai nak beli apa. Satu supaya aku tak lupa…Duanya seupaya aku tak over budget. Jadi aku jarang tersasar!

Apapun, aku akui. Aku selalu stress dengan azam yang aku buat! Aku takut aku gagal…aku benci gagal dan aku berusaha mengelak untuk gagal…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *