Azam 2008 – Yang Tercapai,Tidak & On The Way..

Merenung masa depan. The one that i held, no more!

Beberapa hari lagi, tahun 2009 akan menjelma. Esok pula, permulaan tahun baru dalam kalender Islam. Hatta tahun baru kalender apa sekalipun, aku yakin ramai yang memasang azam tahun baru untuk menjadikan diri mereka lebih baik dari tahun yang sudah-sudah.

Azam aku? Hmmmm…Alhamdulillah, banyak yang berjaya aku pangkah dari senarai. Aku mula menjadi manusia berazam secara serius sejak tahun 2005. Lebih tepat, sejak aku berkerja di RTM dan dewasa bersamanya. Sebelum tu berazam juga, tapi azam hangat-hangat tahi chicken. Kata motivator, kalau kita senaraikan azam-azam pada satu kertas yang panjang, tak banyak separuh dari azam itu akan menjadi kenyataan..Ini antara azam aku yang dicatatkan di dalam nota Facebook tahun lalu.

    1. Kurangkan berat badan lagi
    2. Kalau ada rezeki tahun ini aku bersedia untuk mengandung
    3. Confirmkan jawatan dalan kerajaan
    4. Selesaikan baki PTPTN yang tertunggak
    5. Upah haji arwah abah
    6. Menjadi anak yang baik pada Puan Siti Zainiah Sulaiman dan arwah Khairi
      Tak
    7. At least finalis untuk mana-mana festival antarabangsa.

Aku ulang, actually ini antara azam yang aku catatkan secara jelas dan nyata dalam Facebook tahun lepas. Dalam kitab rasmi yang lain ada beberapa tambahan azam seperti yang aku catatkan untuk mengukuhkan kekuatan berazam:-

  1. Berhenti merokok
  2. Beli rumah
  3. Dapatkan lesen memandu
  4. Bercuti di luar negara setahun sekali
  5. Hantar item untuk international festival..


Ok, kita lihat pula azam aku yang berjaya dicapai pada tahun 2008..

  1. Confirmkan jawatan dalam kerajaan – akhirnya…
  2. Selesaikan baki PTPTN yang tertunggah – yes, i made it!!
  3. Upah haji arwah abah – alhamdulillah….
  4. Menjadi anak yang baik kepada Pn. Siti Zainiah dan arwah Khairi Tak – (aku consider aku berjaya he..he..he..)
  5. Bercuti di luar negara – Tahun lepas aku ke Hatyai, Brunei dan Bali, Indonesia..
  6. Berhenti merokok – yang dinantikan oleh semua insan disekeliling espc 2nd smoker

Manakala azam yang tak tercapai itu tuan-tuan dan puan-puan, tidaklah dibakul sampahkan apatah lagi di keronyok kertas azam itu. Akan aku carry forward ke tahun depan dan ditambah dengan azam-azam yang lain. Jadi, tunggulah di entri yang lain, dan di catatan yang lain – juga di blog yang lain.

Sekali-sekala aku teringat azam masa zaman aku kanak-kanak. Nak Nintendo, basikal, komputer, nak dapat nombor satu dalam peperiksaan dll. Kebanyakannya berjaya aku capai walaupun mengambil masa yang lama. Zaman ini aku tak pasti adakah semangat berazam ini tersemai dikalangan anak-anak kita. Aku akan meminta Raziq untuk melakukan perkara yang sama. Semoga anak saudara sulung itu mampu merubah nasib diri dan keluarganya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *