Ayam Masak Lomak Cili Api..

Ayam Masak Lomak Cili Api..sodap!

 

Ini satu kisah yang tiada kena mengena dengan episod ibu mengidam atau anak nak makan. Ini cerita lapar dan geram. Semua orang makan untuk hidup dan aku juga begitu.

Semalam hari Ahad nan permai. Dikala orang lain menghabiskan masa bersama ahli keluarga dan bergurau mesra, aku kebosanan pasca usaha menyiapkan assignment dan cuaca petang semalam boleh tahan panasnya. Kebiasaan manusia bosan, FB aku layari dan bermulalah kisah di atas. Lebih 5 orang rakan dalam usaha atau sedang makan ketam, lebih 10 memikirkan untuk makan Foldover dan selebihnya post gambar menu tengahari masing-masing. Ini membuatkan aku terasa lapar dengan segera. Nak masak, yang ada di dapur setakat lepas untuk masak sambal ikan bilis aje.

Pantas aku ajak adik aku temankan ke kedai runcit berhampiran. Sayangnya ketam pulak habis. Aku cakap seekor ayam yang sudah dipotong, udang setengah beg plastik dan ikan selar beberapa ekor. Sambil berjalan tu, aku capai aje cendawan la, serai, kunyit hidup dan daun kunyit. Ketika ini aku masih kategori tak tahu nak masak apa. Yang penting beli dulu, dekat rumah karang baru fikir nak masak apa.

Lepas bertanyakan pendapat adik aku, dia nak makan apa, maka aku buat keputusan untuk masak Ayam Masak Lomak Cili Api. Aku sudah 5 tahun tak masak menu ini sedap selalunya aku akan masak ayam masak merah atau padprik. Jadi, dengan penuh tawakalillah, aku memulakan acara campak mencampak dengan harapan rasanya da bomb, sehebat baunya. Yup, sumpah sedap!  Aku rasa kenyang sangat lepas makan tadi – tambahan pula aku buat sambal belacan untuk dimakan bersama. Mujur aku tak goreng ikan sepat masin. Kalau tak, memang seharian aku terdampar 🙂

Bahan-bahan :-

Ayam setengah ekor dipotong ikut suka,

Bawang besar sebiji setengah,bawang putih 2 biji, cili api 13 biji (mesti nombor ganjil ya) – blend atau tumbuk

2 titik serai dan sehelai daun kunyit

Kunyit hidup sebesar jari – ditumbuk. Kalau takde kunyit serbuk pun jalan.

Kentang 2 buji dipotong 4

Santan sekotak – untuk manusia mudah seperti aku.

 

Cara nak masak sangat mudah.

Panas minyak, tumis awas-awas yang dikisar tadi sampai naik minyak. Masuk santan, kentang, kunyit serai dan daun kunyit. Tambah sedikit air, masukkan ayam dan tabur serbuk kunyit untuk dapatkan warna yang diingini. Tunggu sampai menggelegak, campak garam dan gula – selesai!

Menu ni tak bole masak selalu sebab ia bersantan. Aku jujurnya malas nak masak makanan bersantan kerana kesannya selepas kenyang 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *