Ayam Engkong Biadap!

Aku selalu nampak dia masak ayam ni. Tak semestinya masa hari raya sahaja…kadang-kadang kalau ramai kaum kerabat dirumahnya, menu ini akan kelihatan sebab dia dengan bangganya akan tunjuk kejayaan memasak masakan jawa ini di Facebook. Aku pula, pertama kali memandang ayam diikat sebegitu rupa masa dimasak berasa amatlah taajub. Ayam Engkong namanya…Tidak pernah sepanjang hayat aku merasa masakan itu.

Hari ini dia datang pejabat, jauh dari Johor dan bawakan bekalan ini untuk aku. Aku terima dengan senang hati, tapi sedikit gusar. Satu, aku risau selera aku tak kena dengan pemberian ini. Dua, aku tengah control pengambilan makanan kerana muscle tore. Tapi nombor dua tu aku halalkan aje sebab dialah satu-satunya penghasut yang selalu berjaya membatalkan diet aku.

Dia jugak tahu bahagian ayam mana yang aku suka makan. Itu jelas. Setiap kali kami makan di Ayamas, kami akan pesan seekor ayam dan bahagian ayam yang keras memang aku tolak dekat dia aje. Bab makan aku memang picky eater. Tu sebab kalau lepak makan, kami akan lepak di tempat yang sama dan memesan makanan yang sama. Sampaikan kalau mood aku ke laut dalam, dia tahu minuman apa yang boleh buat mata aku bersinar-sinar macam mata kucing yang kau high beam tanpa sedar.

Sebaik sampai aje rumah, aku terus jamah makanan ini. Langsung aku tak panaskan dulu. Kebetulan, Charmed Season 3 bersiaran di Warner TV dan aku jarang terlepas drama ini – walaupun full set DVD ini pernah menjadi koleksi peribadi. Aku capai nasi himpit pertama temukan dengan secarik besar isi ayam. Kedua mereka aku lalukan dengan kuah ayam engkong yang bergenang. Pantas aku suakan ke mulut dan kunyahan pertama terus buat aku terkena renjatan. Biadap ayam engkong ni!!! Sedap giler kau masak. Dalam pada aku berhati-hati dengan bilangan nasi himpit, lama-kelamaan wassalamu semua. Habis licin…punah diet aku.

Terima kasih sebab ingat kat aku. Kadang-kadang aku rasa kau jauh sangat dari aku, dah tak macam dulu. Sebab aku tak setara dengan kau atau memang kesibukan membatasi semua perkara – aku tak tahu. Yang aku tahu, kenangan tak akan hilang. Kau amnesia macam manapun, kau tahu kau ada kawan yang boleh lift up balik hidup kau walaupun kau rasa satu dunia menzalimi kau. Sana memang tempat paling ideal untuk kau buat masa ini sebab dapat berkhidmat untuk jabatan dan dalam pada masa yang sama dapat menyantuni kedua orang tua kau sebaik-baiknya. Satu hari nanti, aku yakin garis masa kita akan bertemu juga.

Terima kasih AieSarkase AieShahri
#ayamengkongkaumemangbiadap
#friendshipforever
#siapalaginakkayuhkalaubukanengkau
#zapen
#apabilakakbennymenulis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *