Awas : Demi Kesejahteraan Kemaluan Anda

Ada Apa Dalam Mangkuk Tandas?

Benda ini agak pelik, tapi aku selalu terfikir tentangnya. Setiap kali aku masuk tandas awam untuk melepas hajat, aku sangat risau tengah sedap-sedap membuat pelaburan tiba-tiba ada binatang yang menggigit atau mematuk anda. Binatang yang aku maksudkan bukannya nyamuk, tapi ular, lipan ataupun lintah.

Ular dalam mangkuk tandas di India..


Maklum aje la, kita bukannya nampak apa yang bermastautin di kawasan tandas tersebut. Kalau tandas rumah tu soheh-soheh kita bersihkan dan yakin akan kebersihannya. Dan tadi bila aku baca Berita Harian, cerita ini pula keluar. Jadi kerisauan aku berasas.

TAIPEI: Seorang lelaki dipatuk ular sebaik duduk di mangkuk tandas untuk membuang air di tandas rumahnya.

“Sebaik duduk, tiba-tiba dia berasa sakit seperti dihiris dan segera berdiri. Apabila melihat ke bawah, dia nampak seekor ular besar,” lapor akhbar China Times.

Lelaki berusia 51 tahun itu hanya cedera ringan, kata pengarah Hospital Puli Christian, dan dibenarkan keluar sebaik melepasi risiko jangkitan.
Imej televisyen menunjukkan reptilia berwarna hitam dan kuning itu dikeluarkan daripada mangkuk tandas di rumah mangsa. – Agensi

Sebagai pesanan khidmat masyarakat, perhatikan persekitaran anda sebelum melepas hajat – demi kesejahteraan kemaluan anda juga.

Kena Patuk Amat Mengerikan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *