Hari Ini Berbuka Dengan Sambal Sotong..

Hari ini aku kena masak sambal sotong..semalam jiran bawah tu masak sampai kenyang aku cium baunya saja. Aku tau, Hadi suka sambal sotong dan perempuan yang pandai memasak sotong. Tak caya tanya dia hehehehe 🙂

Rebecca Black Bukan Lagi Perogolan Telinga

Untung jadi anak orang kaya..Suara macam kena sembelih pun boleh buat album dan mencapai cita-cita dengan bantuan FAMA. Ingat lagu Friday yang menjadi bahan umpatan satu dunia? Tak serik lagi dengan pengalaman dari single Friday budak nie muncul kembali dengan single My Moment.

Lawaknya, pengunjung yang datang ke akaun youtube budak nie baru 302. Tapi yang dislike 63530 dan like 37538. Secara peribadi aku boleh terima lagu ini kerana tiada lagi auto-tune yang menyakitkan gegendang telinga. Cuma aksi memandang kamera ala-ala hot tu hanya sesuai utk yang bercitarasa pedophile aje. Patutlah berbakul-bakul caci-maki diterima sebab budak nie sendiri membahankan dirinya.

Untuk lagu ini aku maafkan mutu suaranya..Ok la, buat bosan-bosan.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=2OxWD85Ngz4]

Ini Tarikan Pelancong Yang Tak Dianggap?

Aku sedar memulihara dan memelihara kawasan memerlukan kos dan komitmen. Alang-alang disenarai menjadi tempat tarikan,tak boleh tidak kawasan itu perlu bersih,terpelihara dan semenggah. Ya,aku ulang lagi-perlu semenggah! Ini semeng aje ada..gah entah di mana!?

Terowong Bekas Lombong Arang Batu..sungguh purba. Dasyat amatkah imaginasi aku sampaikan aku membayangkan terowong elok dipagar dengan papan kenyataan yang membantu.

Nak masuk aje kawasan terus disambut dengan semak-samun yang kurang lebih sama tinggi dengan anak toyol. Juga ada satu ‘benda’ dipagar macam makam.Ok la,aku teka itu mungkin antara muncung/besi/aksesori tinggalan kapal korek yang diguna untuk melombong. Disebabkan aku nie kreatif,macam-macam tekaan keluar. Penyalur beer terbesar,konkrit tercampak dari lori,bong etc..satu papan kenyataan pun takde!

Ingatkan makam siapa ke rupa-rupanya...

Jalan nak ke terowong sudah ada batu-batuan menanda jalan yang aku rasa sejak siap takde siapa sudi nak bersihkan..Berlumut itu logik sebab dalam hutan kena air hujan embun bagai.Tapi bayangkan orang yang datang tengok veteran-veteran semuanya tergolek dog sebab jalan licin. Kalau korang pernah naik Gua Niah,jalannya juga licin berlumut tetapi ada pemegang. Patutlah masa aku sampai tu ada sepasang mat salleh lewat 50an tersenyum kelat melihat kami yg baru sampai.

Aku bole langkah, kalau pelawat tu makcik umur 65 tahun?

Berjalan tak jauh,150 meter juga adanya.Siap ada pokok tumbang,semak-samun dan cabaran-cabaran Istana Takeshi. Bila dah sampai,aduhai…macam longkang aje lagaknya. Sedih kau..dengan sampah sarap merata-rata.

Aku separa seram nak ke situ tapi kugagahkan jua

Ini kira melawat tapak sejarah/kawasan pelancongan yang memahat kataraks di mata aku.Tolonglah kementerian pelancongan ke,jabatan warisan ke,perbadanan labuan ke. Malu kalau pelancong asing datang jauh-jauh itu semak aje yg diorg dapat. Belakang rumah Pak Agus lagi bersih. Atau kena tunggu diorang yang tulis baru dapat perhatian..

Ini Terowong tapi mcm longkang

Korang tak kisah sebab korang tak pergi. Aku kisah sebab aku dah pergi dan aku purba..

Mengenang Pejuang Yang Gugur

Ramai tanya,kenapa setiap kali bercuti aku selalu pergi ke memorial,tugu atau kubur?

Hahahaha…gelak sopan saja yang terkeluar. Satu sebab mungkin sebab tempat itu diwarta menjadi tempat pelancongan. Jadi ia jatuh bawah kategori mesti pergi dalam senarai percutian aku.

Keduanya,tempat-tempat begitu sunyi.Bila sunyi otak ligat berputar dan kadang-kala aku terasa macam dejavu. Mengenang pejuang atau askar atau pemimpin yang gugur akan membuat aku rasa bersyukur sebab aku tidak hidup di era peperangan peluru. Peperangan siber boleh ditangani jika SKMM lebih proaktif.

Satu yang membuat aku kagum ialah komitmen negara luar memperingati wira mereka yang mati di Malaysia. Siap bertugu dan terpelihara amat lokasinya.. Dana tidak pernah putus dan sentiasa ada wakil mereka yang memantau.Pendek kata,duit diorang pam utk pemuliharaan dan duit pelancong semarakkan ekonomi setempat.

Lepas ini aku harus ke Sandakan..aku mahu lihat memorial di sana. Di Labuan dan Kundasang sudah aku kunjungi. Di Kundasang aku jatuh syahdu sampai kena tegur-kita datang nak bercuti,bukan nak bersedih! Perang dunia bukan satu lelucon..Lihat gambar-gambar lama dan derita pada wajah-wajah mereka buat aku rasa beratus emosi.

Jika sempat aku akan update post tapak warisan yang macam semak kat belakang kebun Pakcik Agus..

Posted with WordPress for BlackBerry.

Selamat Mara Ke Jajahan 3 Series Suamiku..

Hadi Yang Comel

Hadi Yang Comel

14 Julai…hari ini hari bahagia untuk diri kamu. Kerana itu kita menghabiskan waktu di negeri di bawah bayu demi menyambut pangkal 3 pada umur kamu..

Belum ada hadiah yang sempat saya kasi. Tapi berdoalah..jika ada rezekinya jangankan kata Hummer,Baghdad saya hadiahkan untuk kamu..

Banyak benda yang belum kita buat dan banyak tempat yang belum kita pergi..Sediakan senarainya dan bersama-sama kita kecapi indahnya dunia bersama..Penuh suka,duka,kemalangan kecil dan berjumpa dengan pakcik sewel yang berjanji memberi kita 30 juta.

Kita tak banyak persamaan tapi berbezaan itu melengkapi hidup kita..I love u always and forever…Happy birthday Alhadi Hamzah..

Posted with WordPress for BlackBerry.

Tahniah,Badak!

Bulan Julai nie sebenarnya bulan menunggu dan bulan celebration.Banyak benda yang aku tunggu dan banyak hari lahir keluarga dan rakan-rakan yang bakal aku raikan.

Dari minggu lepas aku menunggu dari satu tarikh ke satu tarikh. Dan semalam satu dari penantian itu telah usai.

Makanya hari ini aku berani men’tahniah badak’kan diri aku. Tahniah,badak! Secara ringkas, beginilah. Aku sudah berjaya mendapat tawaran menyambung pelajaran diperingkat sarjana di salah satu IPTA. Dalam pada masa yang sama aku menunggu jawapan dari 2 lagi tempat di luar negara. Juga ada tawaran kerja di kota romantik yang setakat pagi nie aku dah tak berapa eksaited dengannya..

Lepas ini aku hanya menunggu keputusan cuti, Hadiah Latihan Persekutuan dan keputusan B 44. Yang akhir sekali tu bukan sebab aku tak percayakan takdir tuhan,tapi lebih kepada aku tak percaya manusia.

Tahniah,badak! (Aku tak tahu kenapa bila sebut tahniah kena disusuli dengan badak. Menurut sumber pertama,takde binatang lain yang sesuai…)

Posted with WordPress for BlackBerry.

Mabuk Bunga Di Floria Putrajaya 2011- Bhgn 2

Melepaskan lelah selepas set-up...

10/7/2011 – Hari kedua di Putrajaya untuk lintas langsung Floria Putrajaya. Mujur hari ini cuaca sangat baik dan lintas langsung dapat dibuat di taman lanskap PPJ. Rezeki juga baik sebab hari kedua ini dapat guna kamera RF. Maklum sahajalah macam-macam acara berlaku minggu lepas dan semua peralatan telah habis keluar. Redha sahaja dengan apa yang ada.

Oleh kerana subuh itu aku terkejar-kejar dan hampir tak boleh bangun, makanya aku terlupa membawa kamera yang semenggah sedikit daripada pixel BB yang manja-manja tu. Tak dapatlah nak beriya-iya ambil gambar. Apapun masih ada 7 hari lagi sebelum pameran berakhir. Kalau aku dan Hadi rajin kami singgahlah ke sana esok.

Hajat hati semalam nak ajak semua krew makan KFC. Barisan yang beratur makin lama makin panjang, perut makin lama makin berkeroncong dan ramai krew telah membawa haluan masing-masing sementara menantikan lintang langsung berita jam 1. Memandangkan barisan dikedai Otai burger tak berapa nak panjang, maka aku hanya sempat order 20 biji burger sahaja. Tak cukup, aku tambah kemudian. Itu sahaja rezeki tengah hari semalam. Walaupun ringkas, tapi cukup untuk menahan lapar sampai petang.

Lepas habis berita dan lepas proses ‘mengemas’ berakhir siapa yang tinggal sempat dijamu dengan muffin panas tajaan Kak Nia dan Akmal. Makan muffin pun rasa macam KFC, makan burger pun rasa KFC. Pendek kata bau KFC menguasai tempat lepak kami petang itu. Nak buat macam mana, mintak RM 5 sorang pun tak mau hulur. Kalau tak boleh jugak pesta ayam 🙂

Hari ini aku teringat-ingat lagi seronoknya kerja dengan team OB 3 dan sekalian yang terlibat. Lepas nie entah merasa tidak memandangkan program-program yang aku buat tahun lepas sudah kena lelong dengan mergastua..Hmm, nasib badan.. 🙁

Ok, enjoice gambar-gambar yang sempat aku ambil semalam…

Errrr...entah?!!
Hiasan Mawar Pada Enggang
Jalur Gemilang

Mabuk Bunga Di Floria Putrajaya 2011 – Bhgn 1

Ala, tomei...

Jujur cakap, aku tak berapa arif pasal bunga. Bunga pun aku tak minat sebenarnya. Seumur hayat hanya sekali aku dapat sejambak bunga, itupun daripada Hadi masa konvokesyen tahun 2004. Sesungguhnya benar kata pepatah ibarat beruk dapat bunga sebab masa tu menyerongen aku sorang-sorang. Nak cium tak cium bunga tu, dah letak mana dan bole campur dengan nasi gorengkah kalau dah layu?

Kerana kerja, aku di Putrajaya untuk menerbitkan lintas langsung Floria Putrajaya 2011. Dengan tema Mawar Untuk Selamanya, mabuk mawar aku di sana. Kiri kanan jalan semuanya bunga ros. Cakap aje warna apa – merah, kuning, oren, unggu, merah separuh, kuning separuh segala mak nenek warna semua ada.

Walaupun cuaca awal pagi tadi tak berapa mengizinkan, lintas langsung berjalan lancar. Kalau aku terjerit-jerit pagi tadi dan ada yang sakit telinga mohon maaf ya,nak buat macam mana. Sudah suratan pagi tadi sedikit terkejar-kejar. Apapun, 3 kali pengisian untuk SPM berjaya dilunaskan.

Terasa juga ingin menjelajah 15 ekar kawasan pameran. Tapi mengenangkan esok pun aku akan ke sana, maka esok ajelah aku selongkar jajahan pameran yang ada. Mata pun pantang fikiran bingung terus lelap. Ini pun tersengguk-sengguk ku tahan Jebat.

Cik Lebah..

Pesta ini bermula 9-17 Julai 2011. Hari pertama mungkin ramai teragak-agak nak datang sebab malaun punya hal jalan banyak sekatan polis. Tapi ada hari berbaki, kalau boleh singgahlah. Apa yang aku nampak tadi ramai ibubapa sekitar Putrajaya datang dengan anak-anak dan budak-budak tu terjerit-jerit tengok replika binatang. Budak mana tahu sangat nilai bunga. Yang dewasa pulak terbelek-belek bunga-bungaan yang ada. Yang hebatnya, kebanyakan yang lama mengadap bunga orang lelaki.. Yang perempuan kesian tangan kiri kanan memegang anak-anak 🙂

Cik Ladybugs

Kaki fotografi memang dah berkumpul di situ. Dengki tak dengki aje tengok kamera diorang yang 3 bulan gaji aku tak tentu mampu nak beli. Kalau nak ambil gambar feeling -feeling Teratai Layu Di Tasik Putrajaya atau Pelamin Anganku Diroboh Majlis Bandaraya sesuai sangatlah..Cuma pesanan ikhlas, kot ya cantik bunga tu janganlah menjerit macam kena polong. Buruk benar awek bertudung berkelakuan sedemikian rupa.

Kalau mahu info lanjut layari sahaja laman web Perbadanan Putrajaya.

Malam ini ada pertunjukan bunga api dan perarakan bot berhias. Silalah datang jika ada masa terluang. Aku tak dapat pergi sebab esok paginya sebelum cicak bangun aku kena ada di Putrajaya untuk lintas langsung SPM dan berita.

Bro nie semua bunga dia amik gambar..Nasib tak tersungkur

p/s : Esok gambar bunga close-up. Guna BB kabur segala semua…

Yeay…Dapat Award!

Sudah berapa hari aku takde idea nak menulis. Bukan sebab takde masa, banyaknya takde idea dan kebetulan badan pun asyik flat aje. Makanya terbengkalai sekejap. Hadi ada cakap tak semestinya kena update hari-hari, cumanya aku kalau boleh selang 2 hari tu nak juga ada cerita nak ditulis..

Hari ini aku dapat award..Terima kasih kepada Kak Jee kerana sudi mendedikasikan award ini kepada blog yang baharu saja bernyawa. Saya sangat menghargainya 🙂

Untuk itu, aku kena menyenaraikan 7 perkara yang orang belum tahu tentang diri aku. Macam Dragonball pulak nak 7 ya. Apakah lagi yang perlu aku senaraikan sebab boleh dikatakan semua yang kenal aku tahu tentang siapakah aku yang inesen ini. Tapi aku bersangka baik mungkin ada pengunjung baru yang nak berkenalan dengan sang penerbit. Makanya…….

  • Aku sangat suka warna oren. Kalau boleh semuanya mesti oren. Dari sofa rumah, sampailah ke pintu rumah, pakaian, beg dan alat-alat tulis kalau ada unsur-unsur oren tu maka bahagialah hamba. Sebab itu baju masa bersanding dulu pun aku nak warna oren juga dan baju itu buatan pertama. Siapa-siapa yang sewa kemudian tu kira dapat saki-baki peluh dan DNA aku sahajalah 🙂
  • Sungguhpun jiwa dan penampilan aku ‘batu’, sebona eh den ini sangatlah sentimental, balada dan purba. Untuk itu suka diberitahu radio yang paling aku suka dengar ialah Klasik Nasional. Dan pemilihan radio ini kurang mesra dipendengaran Hadi tapi bila memandu jauh atau dia mahu mengambil mood aku yang tercalar dia akan pasang Klasik Nasional. Jujur cakap, aku sebenarnya mahu nama lama iaitu RIMA tetapi apalah daya….
  • Aku adalah peminat tegar M.Nasir. Katalah sesuatu yang kurang mesra ditelinga aku tentang dia makanya panjanglah hujah aku membenarkannya. Cuma kala dewasa ini tidaklah sefanatik dulu. Ingat lagi masa lepas ujian percubaan kertas Pendidikan Islam, tarikh yang sama aku mendapat jemputan dari Luncai Emas untuk pelancaran album Kias Fansuri. Dengan pantas aku menyiapkan kertas ujian dan mohon balik awal dengan alasan, saya tak sihat cikgu. Balik aje rumah, terus sambar teksi ke Hotel Legend, Kuala Lumpur. Kalau diingatkan balik, mental rupanya aku…
  • Aku memang bercita-cita untuk kerja di RTM sejak kecil lagi. Setiap kali melintasi bangunan RTM dilorong motor Lebuhraya Persekutuan aku selalu berbisik dalam hati – bertuahnya siapa yang berkerja dalam bangunan seribu lidah ini. Satu hari nanti aku teringin menjadi warganya.. Alhamdulillah, benda baik kalau kita ulang berkali-kali jika ada rezeki akan dapat juga.
  • Tahukan awda – ceh, Brunei sekali sekala 🙂 Aku pernah kerja kilang. Iya kerja kilang selama 4 jam sahaja! Kilang di AU3 yang aku tak ingat apa namanya ialah pengeluar cip komputer dan lepas SPM rakan-rakan kelas yang perempuan beramai-ramai mohon kerja di sana untuk mengisi masa sebelum keputusan SPM keluar. Kerjanya pada aku rumit dan mengarut! Aku kena isi hampir beratus-ratus komponen yang kalau bergegar terus berderai macam domino. Satu cip dibayar 40 sen dan selama 4 jam satu pun aku tak bole buat. Menangis-nangis aku balik mencarutkan kerja tu sebab kalau macam tu berapa sen sangat pendapatan yang aku dapat.
  • Dari kecil, aku hanya ada 3 cita-cita. Cita-cita pertama ialah nak jadi penyanyi. Jangan tak percaya ya. Jaguh pertandingan karoke nie. Masa darjah 4 kena isi borang personal dan dalam borang itu kena tulis apakah cita-cita anda. Bila Cikgu Ainon baca dia bukan sahaja pandang sinis, dikutuk-kutuknya hasrat rohani aku tu. Terus berderai cita-cita tu dan kemudian aku bercita-cita nak jadi polis pulak. Ini semua penangan Roda-Roda Kotaraya dan Remang-Remang Kotaraya. Selamba aje mak aku cakap dengan ketebalan cermin mata aku tu tak sempat interview dah kena suruh balik. Sudahnya aku mahu jadi wartawan sebab aku sangat suka menulis. Cuma masa daftar major di UiTM dulu lama sangat nak tunggu pensyarah yang jaga pendaftaran tu datang. Sementara barisan yang ambil Penyiaran tu belum panjang, ah-beratur ajelah. Dan kemudian aku sedar aku sebenarnya ada kuasa 2 sebab aku masih ada asas kewartawanan dan aku ada major ilmu penyiaran. Syukur masih sebaran am dunia aku berlegar..
  • Akhir sekali….sebagai penutup terimalah trivia ini. Kaset pertama yang aku beli ialah kaset Salih Yaacob. Yes, abang I Follow..kaset Romantika Di Tampoi yang best giler tu. Hehehe..duit untuk membeli kaset itu aku dapat dengan berkerja sebagai model dengan upah RM 10. Model yang tak perlu pakai seksi-seksi sebaliknya dipakaikan dengan pakaian yang semua orang akan Islam akan pakai suatu masa nanti. Itulah dia, aku jadi model kursus pengurusan jenazah hahahaha… Aku bodek mama lagi ekstra RM 2 sebab kaset tu harganya RM 11.90

Aku akan memanjang pemberian award ini. Tapi aku akan buat bila blog ini mencecah 1000 pengunjung. Ini bagusnya wordpress. Aku tak bole tipu statistik..Dan ini juga adalah azam aku untuk sentiasa menulis tidak menulis sampah.

Sorry Kak Jee..tak perasan syarat-syarat sebab eksaited..Hokay, dengan ini diserahkan 5 penerima award seumpamanya kepada, drumroll please… :-

Alhadi

Hasina Terebuzzu

Zafrina

Ana Nazimuddin

Aziz Laikar

Terima kasih sekali lagi Kak Jee…saya amat menghargainya 🙂

I'm A Beautiful Blogger - Recognize!

Apalah Merah Dengan Kuning Punya Hal!

Tarikh telah ditentukan..Satu wilayah kecoh bila Merah dan Kuning akan menunjukkan siapa antara 2 warna ini mempunyai penyokong dan lebih handal dipadang!

Masing-masing mempertahankan visi,misi,azam,iltizam dan ayat-ayat lain yang membawa konotasi perjuangan harus diteruskan. Tunjukkan segala macam skill.Kalau perlu buat slogan dengan kadboard macam main Sahibba K.U.N.I.NG atau M.E.R.A.H kita harus buat. Kita bariskan yang muda,kecil, dan kuat suaranya bertempik dibarisan hadapan.Kalau dapat yang vokalnya besar,garang dan macam guruh lagi bagus. Lagi hebat mereka menjerit,lagi terbuka mata yang menonton dan pasti jurufoto akan mengambil gambar-gambar terbaik.Kalau nasib kita baik,esok keluar suratkhabar dan jadi closing visual selepas berita!

Kaum ibu tak ketinggalan.Seharian berjegang mata menjahit baju atau selempang. Yang merah,merahlah…Yang kuning,kuninglah. Apa yang penting sumbangan dalam memberi sokongan kepada pertembungan dua warna ini!

Kepala kumpulan melobi tak ingat. “Dengar semua,tunjukkan sokongan kalian dengan memakai baju warna kita!” Dan disambut dengan jeritan penyokong juga…Hidup Merah!! Hidup Kuning.

Dua sahabat berlainan ideologi dan warna. Kerana satu hari untuk menunjukkan warna mana jaguh padang seminggu tak bertegur-sapa. Kita tunggu hari itu,siapa yang hebat. “Hey,kuning..aku sagat baik punya mesti tak terlawan dengan props kami”
“Hey,merah!aku pun sagat baik juga.Kau tunggulah nanti!”

*** 9 Julai..orang ramai bersendat-sendat. Yang pendek menjingkit,yang tinggi mata meliar dan kemudian semuanya bermula…

Belah kiri semuanya merah…
Belah kanan semuanya kuning..Kedua-dua ketua bersedia dengan pembesar suara dan jeritan penyokong menghangatkan suasana…!

Pertembungan akhir antara pasukan sorak rumah Merah dan rumah Kuning di padang Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat berakhir dengan sorakan penuh semangat berpasukan dan sokongan dari rumah Hijau,rumah Ungu dan rumah Biru walaupun tidak berjaya keperingkat akhir..

Yang pasti,dua sahabat tersenyum sendiri memandang tangan yang calar-balar kerana menyagat tali rafia berwarna merah dan kuning dengan garfu untuk dibuat pom-pom.

Ingat,cari persamaan dan bukan perbezaan.Kita akan bahagia begitu…

Sekian….

Merah vs Kuning..

Merah vs Kuning..

Posted with WordPress for BlackBerry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...