Al-Fatehah : Abg Chot@Mansor

Abang Chot @ Mansor meninggal dunia pada Sabtu lalu. Program terakhir aku dengan beliau ialah Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 4 Jun 2011.

Abang Chot dan Matno

Arwah seorang yang lucu dan cerita. Lepas nie tiada lagi cerita-cerita begitu dengan perginya penglipurlara ini. Satu cerita dia aku ingat sampai bila-bila.. Laut China Selatan.

Abang Chot (baju merah)

Sebelum bersurai di dataran aku sempat menyakat dia – ‘Laut China Selatan, bang..’ Hahaha, Laut China Selatan…dia ketawa kecil dan itu momen terakhir aku dengan arwah. Mujur lepas siaran aku sudah memohon maaf pada semua krew andainya ada tersalah kata sepanjang bersiaran.

Al-fatehah..

Nora Eh?..

Minta maaf,saya memang tiada masa nak layan drama ini.Bukan kerana drama ini drama melayu (saya tiada masalah dgn drama melayu,cuma sy tekanan dgn dialog yg tak realistik) tapi kerana setiap kali habis kerja saya dan suami akan makan dikedai dahulu dan balik rumah sekitar 8.00 malam.

Ramai yang kata ceritanya bagus.Aaron Aziz itu kacak,adik Sam Bunkface (apakah namanya?) itu cantik dan comel dan itu ini dan lain-lain..

***

Kalau tanya pasal penyanyi Nora,itu saya tahu.Silap-silap dgn lagu-lagu beliau pun saya tahu. Nora sangat pandai menjaga masa.Kali pertama saya berkerjasama dengan beliau adalah dalam satu program bual bicara tajaan Avon-Bergaya dan Berjaya. Kalau tak silap program itu bersiaran jam 11.00 pg. Saya dan AP tidur di pejabat sebab ketika itu mesin editing umpama piranha Amazon.Waktu malam shja tiada siapa nak berebut edit sebab masing-masing kena balik rumah dan takut kena sakat hantu kalau edit tengah malam.

Ok,sambung balik.Nak dijadikan cerita,jam 8.00 pagi dia sudah sampai RTM dan mohon utk make-up dahulu walaupun call time asal ialah jam 10.00 pagi. Dalam pada tekanan tidur tu terganggu ada sedikit rasa kagum sebenarnya sebab susah untuk artis tepati masa waktu pagi – atas alasan malam ada show ya (jgn salah sangka..)

***
Nora Danish..saya tak pernah jumpa dia dan saya lebih kenal dia sebagai model tuala wanita Intimate drpd drama lakonan dia. Tapi dia sangat comel..Yup,sering dikaitkan dengan Fasha-Jejai dan sekali tu dengan Noh Hujan.

***
Nora,anak Pak Maun lakonan Allahyarhamah Mahyun Ismail dalam filem Nasib Do Re Mi. Nora inilah paling dasyat di zamannya.Al-fatehah untuk arwah.

Apapun drama Nora Elena dah habis.Aku suka sebab timeline twitter dan FB tidak akan dipenuhi ungkapan bini orang angau sama Aaron Aziz mcm suami dia tu patung cendana ke takde perasaan.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Satu kepuasan dalam menerbitkan siaran langsung ialah apabila program itu mempunyai nilai nasional yang tinggi dan menjadi tumpuan negara. Pasti bagi penerbit program sukan menerbitkan perasmian pembukaan sukan Olimpik (sbg contoh) atau bagi penerbit hiburan – peringkat akhir Konsert Akademi Fantasia /Anugerah Skrin / Anugerah Seri Angkasa merupakan idaman dan naya juga pada masa yang sama. Idaman sebab semua mata bertumpu ke situ dan kejayaan penerbitan bermakna kukuhlah nama penerbit sebagai penerbit program skala begitu. Naya sebab kalau ada sedikit silap, makanya sepanjang zaman jugalah ia akan dikenang dan menjadi pedoman untuk penerbit lain.

Busy time..

Aku paling bertuah kerana ketika umur belum/masih menjejak “3 Series” aku sudah 2 kali mendapat peluang menerbitkan siaran langsung Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sepanjang yang aku ingat, program skala sebegini layaknya penerbit senior sahaja yang terbitkan. Secara peribadi aku rasa aku sudah cukup senior untuk menerbitkan program sebegini sebab aku sudah 7 tahun jadi penerbit. Pendek cerita ijazah pendidikan pun aku ada, ijazah pengalaman pun aku ada = pakej lengkap.

Secara ringkas, aku menggunakan 5 unit kamera + 1 RF + JJ. 3 AP, seorang SA dan menggunakan khidmat Sayed Munawar sebagai pengacara. Beliau pengacara yang paling mudah berkerjasama dengan aku sebab beliau mempunyai kelas yang tersendiri. Cukup dengan menerangkan kepada beliau perjalanan program, bekalkan bahan dan running order dan rehearsal mengikut jadual. Setakat ini kolaborasi kami tidak menimbulkan masalah langsung (kecuali masalah iri-iri).. Aku hanya memberi input tambahan dan boleh tumpukan perhatian pada pergerakan kamera. Ok, ini satu benda yang penting. Walaupun hari-hari buat siaran, jangan terlalu yakin sebab setiap siaran berbeza. Mujur rehearsal 4 hari makanya aku boleh memperbaiki mana-mana yang cacat masa raptai. Sayed Munawar dipasangkan dengan Mejar Rais Esa untuk memastikan tiada kesalahan fakta, pergerakan atau istilah kerana kami bukannya ada asas tentera. Yang mana terlalu teknikal tu Mejar Rais akan memainkan peranannya.

Pengacara:Sayed Munawar dan Mejar Rais Esa

Siaran bermula jam 7.50 pagi – 9.00 pagi. Di sinilah nada-nada eksklusif yang ingin aku sampaikan.Hanya satu penyiar utama iaitu RTM dan stesyen TV lain akan ambil feed program dari kami. Jadi kalau tiba-tiba tengok ada siaran langsung serentak yang semua stesyen siarkan benda yang sama tidak semestinya stesyen yang anda tengok itu yang terbitkan. Pernah berlaku, penerbitan oleh TV3 dan feed diambil oleh RTM. Jadi di sinilah tekanan utama sang penerbit. Seboleh-boleh sifar kesilapan supaya tidak memalukan nama stesyen dan nama sendiri.

Kalau tak cekap, terlepas shot ini

Syukur..2 tahun berturut-turut aku terbitkan siaran langsung ini dan tidak ada masalah yang timbul. Satu yang pasti, siaran tahun 2011 lebih kemas berbanding 2011 sebab aku sentiasa preview siaran tahun terdahulu. Mana yang silap aku perbaiki dan aku hafal setiap pergerakan yang akan berlaku. Kalau ada kesempatan tahun depan aku nak buat lagi… 🙂

Sirap Berpeluh

Sirap Berpeluh Memang Nyaman..

Setiap kali buat siaran luar sama ada lintas langsung berita,liputan bencana atau pilihanraya cuaca mega panas memang buat tekak aku cepat amat dahaga. Seboleh-boleh aku akan minum air mineral untuk elakkan hidrasi. Tapi tak boleh tidak aku akan tweet pasal sirap orang kawen atau ‘sirap berpeluh’.

Sirap berpeluh memang menyegarkan dalam cuaca yang dinyatakan di atas. Sirap ini boleh membuat aku bersabar dan hilang sabar pada masa yang sama.

Pernyataan aku mudah saja. Sirap nampak murah dan kelas biasa, tak setanding kopi mahal KLCC. Tapi sirap ini juga membantu majlis kahwin menghilangkan dahaga tetamunya. Jadi jangan pandang rendah kuasa segelas sirap. Seperti pegawai penerbitan bertaraf khidmat sokongan dan teknikal, jangan pandang sebelah mata kerja mereka sebab dalam penerbitan asasnya ialah kerjasama.

Jangan ambil kredit penat lelah mereka..jangan rasa pangkat tu tinggi beri arahan macam ini syarikat mak ayah kita yang tubuhkan. Tak turun gaji dan rendah jati diri kalau berbual hatta meminta pendapat mereka.Percayalah kalau rasa hormat dan disenangi itu ada misi mustahil pun boleh terlaksana. Ini nasihat untuk diri aku sendiri..

Kerana itu sirap beri nilai sentimental pada aku setiap kali buat siaran luar..

Epal dan Oren

Dua-dua buah tapi punya warna dan rasa yang berbeza

Aku tak faham kenapa masih ada orang tak dapat bezakan antara jadual tugas dengan surat arahan kerja?

Kenapakah?

Kalau seseorang itu meninggal dalam perkhidmatan bukannya jadual tugas yang pegawai berkenaan minta. Surat arahan menjalankan tugas itu yang menjadi rujukan.

Lantakkan aje la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...