Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Satu kepuasan dalam menerbitkan siaran langsung ialah apabila program itu mempunyai nilai nasional yang tinggi dan menjadi tumpuan negara. Pasti bagi penerbit program sukan menerbitkan perasmian pembukaan sukan Olimpik (sbg contoh) atau bagi penerbit hiburan – peringkat akhir Konsert Akademi Fantasia /Anugerah Skrin / Anugerah Seri Angkasa merupakan idaman dan naya juga pada masa yang sama. Idaman sebab semua mata bertumpu ke situ dan kejayaan penerbitan bermakna kukuhlah nama penerbit sebagai penerbit program skala begitu. Naya sebab kalau ada sedikit silap, makanya sepanjang zaman jugalah ia akan dikenang dan menjadi pedoman untuk penerbit lain.

Busy time..

Aku paling bertuah kerana ketika umur belum/masih menjejak “3 Series” aku sudah 2 kali mendapat peluang menerbitkan siaran langsung Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sepanjang yang aku ingat, program skala sebegini layaknya penerbit senior sahaja yang terbitkan. Secara peribadi aku rasa aku sudah cukup senior untuk menerbitkan program sebegini sebab aku sudah 7 tahun jadi penerbit. Pendek cerita ijazah pendidikan pun aku ada, ijazah pengalaman pun aku ada = pakej lengkap.

Secara ringkas, aku menggunakan 5 unit kamera + 1 RF + JJ. 3 AP, seorang SA dan menggunakan khidmat Sayed Munawar sebagai pengacara. Beliau pengacara yang paling mudah berkerjasama dengan aku sebab beliau mempunyai kelas yang tersendiri. Cukup dengan menerangkan kepada beliau perjalanan program, bekalkan bahan dan running order dan rehearsal mengikut jadual. Setakat ini kolaborasi kami tidak menimbulkan masalah langsung (kecuali masalah iri-iri).. Aku hanya memberi input tambahan dan boleh tumpukan perhatian pada pergerakan kamera. Ok, ini satu benda yang penting. Walaupun hari-hari buat siaran, jangan terlalu yakin sebab setiap siaran berbeza. Mujur rehearsal 4 hari makanya aku boleh memperbaiki mana-mana yang cacat masa raptai. Sayed Munawar dipasangkan dengan Mejar Rais Esa untuk memastikan tiada kesalahan fakta, pergerakan atau istilah kerana kami bukannya ada asas tentera. Yang mana terlalu teknikal tu Mejar Rais akan memainkan peranannya.

Pengacara:Sayed Munawar dan Mejar Rais Esa

Siaran bermula jam 7.50 pagi – 9.00 pagi. Di sinilah nada-nada eksklusif yang ingin aku sampaikan.Hanya satu penyiar utama iaitu RTM dan stesyen TV lain akan ambil feed program dari kami. Jadi kalau tiba-tiba tengok ada siaran langsung serentak yang semua stesyen siarkan benda yang sama tidak semestinya stesyen yang anda tengok itu yang terbitkan. Pernah berlaku, penerbitan oleh TV3 dan feed diambil oleh RTM. Jadi di sinilah tekanan utama sang penerbit. Seboleh-boleh sifar kesilapan supaya tidak memalukan nama stesyen dan nama sendiri.

Kalau tak cekap, terlepas shot ini

Syukur..2 tahun berturut-turut aku terbitkan siaran langsung ini dan tidak ada masalah yang timbul. Satu yang pasti, siaran tahun 2011 lebih kemas berbanding 2011 sebab aku sentiasa preview siaran tahun terdahulu. Mana yang silap aku perbaiki dan aku hafal setiap pergerakan yang akan berlaku. Kalau ada kesempatan tahun depan aku nak buat lagi… 🙂

Sirap Berpeluh

Sirap Berpeluh Memang Nyaman..

Setiap kali buat siaran luar sama ada lintas langsung berita,liputan bencana atau pilihanraya cuaca mega panas memang buat tekak aku cepat amat dahaga. Seboleh-boleh aku akan minum air mineral untuk elakkan hidrasi. Tapi tak boleh tidak aku akan tweet pasal sirap orang kawen atau ‘sirap berpeluh’.

Sirap berpeluh memang menyegarkan dalam cuaca yang dinyatakan di atas. Sirap ini boleh membuat aku bersabar dan hilang sabar pada masa yang sama.

Pernyataan aku mudah saja. Sirap nampak murah dan kelas biasa, tak setanding kopi mahal KLCC. Tapi sirap ini juga membantu majlis kahwin menghilangkan dahaga tetamunya. Jadi jangan pandang rendah kuasa segelas sirap. Seperti pegawai penerbitan bertaraf khidmat sokongan dan teknikal, jangan pandang sebelah mata kerja mereka sebab dalam penerbitan asasnya ialah kerjasama.

Jangan ambil kredit penat lelah mereka..jangan rasa pangkat tu tinggi beri arahan macam ini syarikat mak ayah kita yang tubuhkan. Tak turun gaji dan rendah jati diri kalau berbual hatta meminta pendapat mereka.Percayalah kalau rasa hormat dan disenangi itu ada misi mustahil pun boleh terlaksana. Ini nasihat untuk diri aku sendiri..

Kerana itu sirap beri nilai sentimental pada aku setiap kali buat siaran luar..

Epal dan Oren

Dua-dua buah tapi punya warna dan rasa yang berbeza

Aku tak faham kenapa masih ada orang tak dapat bezakan antara jadual tugas dengan surat arahan kerja?

Kenapakah?

Kalau seseorang itu meninggal dalam perkhidmatan bukannya jadual tugas yang pegawai berkenaan minta. Surat arahan menjalankan tugas itu yang menjadi rujukan.

Lantakkan aje la..

Kursus Penerbitan Berita Reuters

Aku berpeluang mengikuti kursus penerbitan berita cara Reuters minggu lepas. Kursus bermula 6-10 Jun dan hanya 20 peserta dari Berita TV dan Radio dipilih. Pada mulanya, aku sangat skeptikal sebab aku memang tak berminat nak masuk bilik berita dan kedua kursus dengan orang luar ditempat sendiri seperti tidak menarik. Memandangkan kakitangan kerajaan wajib menghadiri kursus 7 kali setahun makanya aku gagahkan juga untuk melengkapkan kuota itu.

Peserta Kursus

Hari pertama, aku dapat rasakan betapa kursus itu betul-betul memberi ilmu pada aku. Walau bukan dipraktik untuk berita, aku boleh gunakan dalam penerbitan rancangan khas kanak-kanak atau dokumentari aku nanti. Tak mahu aku berlama-lama di unit sedia ada dalam keadaan kecelaruan dan berterabur di mana-mana.

Sempat berlakon waaaalaupun..

Hari 2-4 dipenuhi dengan aktiviti dalam kumpulan dan pengenalan kepada cara membuat berita ala-ala Reuters. Banyak video yang ditayangkan memberi semangat kepada aku untuk mengubah cara menerbitkan bahan. Semua aspek diajarkan dari sudut kamera, suntingan dan ‘piece to camera’ atau nama lainnya stand-upper. Lebih menarik, setiap pagi kuiz dibuat dan ini menyebabkan semua ahli kursus terpaksa membaca untuk menjawap dan bertanya soalan pada kumpulan lawan.

Menariknya dalam satu tugasan yang diberi kami diminta membuat rakaman berdasarkan tajuk rahsia yang diberi. Kumpulan lain harus meneka apakah tema video sesuatu kumpulan. Kejayaan dikira berdasarkan pemahaman kumpulan lain meneka tajuk video. Sempat juga aku berlakon sebagai peragut dalam video Kumpulan C.

Hari terakhir membuatkan aku rasa 5 hari sangat pantas berlalu. Hari itu ialah sessi preview semua tugasan. Hasilnya, semua kumpulan mendapat pujian dari Ahmed Assar dan Mark Chisholm. Memang nampak sangat cara ahli kursus berfikir semakin berbeza dan mula mempraktikkan ilmu yang mereka dapat.

Sijil tamat kursus..

Aku sedih 5 hari itu berlalu pantas..sedih kerana tiada lagi ilmu yang dapat aku cedok.Lebih sedih sebab hubungan kekeluargaan dengan peserta kursus sangat rapat sampaikan bila terserempak dengan salam seorang ahli kursus Isnin lalu aku terus senyum riang selepas seharian tepu.

Percubaan Pertama

Aku perlukan medium menulis mesra BB.Akhirnya pencarian berlabuh di sini.Lepas ini bole menulis tanpa batas papan kekunci dan sempadan imaginasi seorang Siti Norbaini Khairi..

Perlu tidur..mimpi indah cerminan realiti tak seindah Gunung Batur..

Posted with WordPress for BlackBerry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...