Conquering Emotion:Kansei Engineering Methodology

image

image

Yup…aku antara lucky 7 yang berjaya-dipilih untuk menghadiri kursus seperti ditajuk atas. Ia dijalankan di Grand Dorsett,Subang.

Terima kasih Dr. Anitawati kerana memilih aku..Pengumumannya diberi 18 Nov lalu dan aku anggap hadiah anniversary paling ilmiah pernah aku dapat..

Untuk makhluk zero info tentang Kansei Engineering memang menduga. Tapi akukan gigih..Lalu saja sementelah peluang tak datang bergolek..

Sayangnya pengasas Kansei uzur dan tak dpt hadir.. Apapun memahami Prof. Shigekazu ini sgt memerlukan konsentrasi..masalah sama dgn krew NHK yg aku lalui beberapa tahun lalu…

Bingo Blitz Thanksgiving Berakhir..

image

Seminggu aku tak main Bingo Blitz. Selama seminggu di negara orang akses internet sungguh menduga. Mujur aku tak bawa laptop..Buat berat aje.

7 hari aku tertinggal merebut 5 ekor ayam belanda untuk mendapat hadiah khas sempena Thanksgiving. Masa yg diberi pun agak suntuk..10 hari kalau aku tak silap. Berbanding masa Halloween dulu masanya lebih panjang.

Jadi hari hari terakhir..kurang lebih 7 jam tersisa untuk menyelesaikan misi ayam belanda. Aku gigih dlm keracunan makanan..dan aku berjaya.. bukan satu,bukan dua tapi ketiga-tiga akaun!

Mampus kau ayam…aku panggang semuanya dan krismas nanti pasti indah!

Ya..main Bingo Blitz bole buat emo dan sawan..Terima kasih atas 50 extra credit..

Aduh, Mak!

Sudah 3 hari menjadi kain buruk..Terjelepuk dan tersadai macam tikar yang tidak berguna dalam kartun animasi sang kancil dan buaya terbitan filem negara zaman kanak-kanak riang dahulu..

6 hari di negara orang mencuba untuk bertahan dengan antibodi seutuh mungkin. Hari terakhir barai juga..Tolong jangan salahkah 2 cawan kopi ginseng yang aku lahap..juga bukan air limau bersalut garam yang aku hirup..Sakit itu penghapus dosa walau apa juga puncanya..

Blog juga penuh sampah sarap dan sawang. Bukan tidak punya cerita untuk dikongsi, lebih pada tidak mahu cerita menyakitkan hati orang yang membaca..November separuhnya penuh puaka, lebihnya suka ria dan cerita suka suki. Aku yakin aku menjadi semakin oenyabar..Jika tidak, aku mahu menjadi manusia penyabar..

Aduh, mak….sakit lagi!

Happy Anniversary…!!

image

Ok..hari ini genap 5 tahun aku menjadi isteri Alhadi..Jujurnya aku tak tahu apa yang bakal jadi hari ini. Tapi aku mohon pada Tuhan supaya kuatkan semangat aku untuk melalui hari ini..

Minggu lepas aku tak fikir aku gagah melalui detik ini atas insiden raya haji yang lalu. Aku bertuah dikelilingi insan yg memahami dan sudi menasihati setiap kali tiba prahara. Aku bersyukur atas itu..

So,kena tunggulah catatan seterusnya..

Cincin Patah..

image

Apakah disebaliknya? Sepasang cincin emas putih yang aku beli tahun lepas tak semena-mena patah satu!

Aku masih boleh pakai..tapi aku tak sedar kenapa dan bila ia patah?

Apakah maknanya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...