Kanggaru Curi Seluar Dalam

Dekat Kolej Seroja dulu, Maikel aje yang ada perangai macam ni. Tapi mungkin sebab di sana takde kanggaru. Maikel juga pernah curi sotong di ampaian masa famili aku bercuti di Pangkor dulu, kisahnya.

Sebab dia boleh..

Kanggaru curi seluar dalam wanita dari ampaian – Sumber :Kosmo

PRAGUE, Republik Czech – Seekor kanggaru yang terlepas daripada jagaan seorang pemiliknya ditangkap kerana mencuri beberapa helai seluar dalam wanita di ampaian di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan jantan itu yang diberi nama Benji dan berusia dua tahun ditangkap polis selepas seorang wanita melihat ke arah tingkap dan mendapati ia mencuri seluar dalam miliknya yang disidai.

Sebelum ditangkap, polis mendapat panggilan daripada penduduk yang mengadu mengenai kehilangan seluar dalam di ampaian baru-baru ini.

Seorang jurucakap polis menjelaskan bahawa pihaknya juga menerima aduan daripada pemilik kanggaru itu bahawa haiwan tersebut telah melarikan diri.

Menurutnya, ketika itu, polis tidak berpendapat bahawa kedua-dua kes berkenaan mempunyai kaitan.

Pemilik haiwan itu, Petr Hlabovic, 35, berkata: “Saya berasa amat lega kerana mendapat semula haiwan itu.

“Pastinya, haiwan itu tidak mendapat tabiat tersebut daripada saya.” – Agensi

 

The Mentalist

Patrick Jane..dibelakang adalah signature Red John

Patrick Jane, seorang konsultan bebas berkerjasama dengan CBI (California Bureau of Investigation) dalam menyelesaikan kes-kes jenayah di Sacremento. Sebelum itu dia merupakan seorang psikik.Ketika muncul dalam sebuah rancangan TV dia mempersendakan seorang pembunuh bersiri yang dikenali dengan nama ‘Red John’. Red John kemudiannya membunuh isteri dan anak Patrick Jane. Kesempatan menyertai CBI digunakan untuk menjejak Red John dan membalas dendam.

Pelakon : Patrick Jane (Simon Baker),  Teresa Lisbon (Robin Tunney), Kimball Cho (Tim Kang), Wayne Rigsby (Owain Yeoman), Grace Van Pelt (Amanda Righetti). The Mentalist diterbitkan oleh CBS dan setakat ini sudah pun disiarkan sebanyak 3 musim dan memasuki musim ke 4. Musim ke-4 belum lagi menghiasi deratan DVD kotak di mana-mana kedai yang sempat aku jengah. Musin ke-3 menyaksikan Patrick Jane berjaya membunuh Red John dan dikhabarkan musim terbaru adalah berkisar tentang perbicaraan kes tersebut.

Peminat fanatik drama bersiri ini mulai memberikan pelbagai plot-plot cadangan untuk memastikan The Mentalist terus bersiaran sampailah mereka malas nak layan atau sampai Patrick Jane mati. Aku sendiri mempunyai beberapa idea untuk memastikan sinambungan cerita yang membuatkan aku sawan dengan Simon Baker. Masa dia berlakon The Guardian aku tidaklah peduli sangat. Lepas melayan The Mentalist baru aku sedar rupanya dia pernah berlakon dalam filem Devil Wears Prada.

Poster The Mentalist

Harap-harap satu hari nanti aku berpeluang ke CBS dan berkerjasama dengan penulis skrip  di sana. Setidak-tidaknya aku mahu berjumpa dengan Bruno Hellar, creator drama ini.

Kenapa Soalan Itu Berulang?

3x Tanya

3x Tanya

Kadang-kadang,manusia nie pelupa.Dia tak bodoh,cuma dia pelupa.Orang pelupa selalu bertanya sebab dia lupa dia pernah tanya soalan tu..

Ada orang,dia tidak pelupa.Tapi dia mungkin melamun dan hilang konsentrasi lantas meminta penanya mengulang jawapan/soalan sebelum detik melamun berlaku…

Jadi,kalau orang tanya soalan yang sama banyak kali dapat aku simpulkan begini:-
1. Situasi yang bising menyebabkan dia tak dengar perkara penting itu.

2. Dia pelupa dalam ertikata lain amnesia seketika

3. Pendengaran dia Pak Mat Tempe

4. Dia memang tak dapat jawapan pada soalan yang dia tanya. Kalau dapat tak perlu dia buang masa tanya lagi..

Situasi ini normal.Kalau orang tanya baik-baik,jawab ajelah baik-baik. Sindiran hanya laku dalam bilik mesyuarat dan dewan kuliah aje.

Even ujian psikometrik pun ada tanya soalan berulang..

Sebab itu aku rasa nak pergi mandi kejap…

Saman Jiran Suka Bawa Mulut?

Aku membayangkan kalau kes sebegini menang dimahkamah, makanya akan banyak lagi kes-kes yang serupa akan menyusul. Bukan mudah untuk menutup mulut tempayan..mungkin dengan notis mahkamah akan berjaya.

 

Sumber : Utusan Online

Wanita buat laporan polis dakwa jiran suka ‘bawa mulut’

ALOR GAJAH 22 Ogos – Akibat tidak tahan dengan sikap jirannya yang didakwa sering mereka-reka cerita buruk keluarganya kepada orang kampung, seorang suri rumah membuat laporan polis kerana berasa tertekan dengan perbuatan jirannya itu.

Wanita yang berusia 35 tahun itu mendakwa, kenyataan jirannya itu yang suka ‘membawa mulut’ sejak setahun lalu membuatkan kehidupannya sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan tertekan.

Dakwanya lagi, tindakan jirannya itu yang sering melemparkan fitnah turut menyebabkan mereka sekeluarga menanggung malu setiap kali berdepan dengan masyarakat setempat yang termakan kata-kata hasutan jirannya itu.

“Tindakan jiran saya itu menyebabkan hubungan ibu serta adik-beradik saya yang lain semakin renggang gara-gara fitnah serta tohmahan yang dilemparkan kepada kami,” katanya ketika ditemui di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru di sini, semalam.

Dia membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat semalam turut bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap jirannya itu.

Tambahnya, dia dan keluarga tidak akan berdiam diri dengan fitnah yang dilemparkan jirannya itu sejak bertahun-tahun lalu selagi jirannya itu tidak berhenti mengganggu kehidupan keluarganya.

“Saya memberinya masa selama tujuh hari untuk dia dan suami berjumpa dengan saya dan suami untuk memohon maaf secara terbuka di hadapan seluruh keluarga saya, jika tidak kami akan mengambil tindakan mahkamah,” tegasnya.

Ketagihan Baru : Game Of Thrones

Yup, inilah kegilaan terbaru yang bakal membuatkan aku dengan Hadi sawan sampailah drama terbitan HBO ini tamat atau mati sekerat jalan. Game Of Thrones (GOT) drama epik diangkat dari novel karya George R.R. Martin. Drama epik ini memang membuat orang sawan dengan jalan cerita yang menarik, aksi melampau dari pelbagai jenis kecenderungan seks dan aksi perang yang sakit jantung melihat darah dan kepala memancut merata-rata.

Asas ceritanya sangat mudah – merebut tahta  dan kuasa. Drama ini banyak sangat watak..tak kuasa nak cerita siapa dari mana berebut apa beromen dengan siapa. Rasa-rasa nak tengok drama ini elakkan kanak-kanak sebab banyak aksi orang dewasa. Kalau rasanya minat cerita ala-ala Spartacus, Tudors dan Roman Empire, GOT mesti jatuh dalam senarai wajib tonton.

Pelakon dalam drama nie takde la kategori popular mana. Tapi salah seorang pelakon yang terkenal ialan Sean Bean, pemegang watak Boromir dari filem Lord Of The Rings. Tapi cepat sangat watak dia dimatikan..terkejut-terkejut aku masa babak itu berlaku kerana sangatlah “gory”.

Sean Bean

 

Watak yang aku suka ialah Khal Drago yang dipegang oleh Jason Momoa. Muka sangat bengis, janggut dan misai mengurai dan badan yang sasa. Khal Drago berkahwin dengan Daenerys Targaryen (Emilia Clarke). Kaum mereka bertutur dalam bahasa Dothraki. Bahasa ini sangat unik..macam best aje kalau dapat bercakap macam diorang.

Khal Drago

 

Patutlah mamat nie handsome sangat..Dia berasal dari Honolulu, Hawaii dan berlakon dalam drama Baywatch Hawaii. Jadi haruslah badannya terpelihara. Giler seram dia sebagai Khal Drago.

Aku tak sabar tunggu musim kedua. Firasat aku mengatakan akan ada naga, macam drama Merlin. Dan cepatlah penggal kepala King Joeffrey tu..tengok rambut blonde dia pun aku dah menyampah! Esok aku akan rally drama ini lagi…

Game Of Thrones : You Win Or You Die!

p/s:aku tak pernah baca novel nie..dont want to spoil the fun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...