Salam Lebaran Semua..

Assalammualaikum dan selamat hari raya semua..

Raya ini aku dan adik beradik yang lain bercuti di Cherating, Pahang. Kampung hanya kenangan dan kenangan baru harus dicipta untuk membahagiakan semua, yang tersayang. Selepas berkunjung ke rumah Areen, terus kami bertolak ke sini. Mujur bilik sudah ditempah awal memandangkan ramai mengambil kesempatan untuk bercuti pada perayaan berganda ini..

Percutian ini untuk mengeratkan hubungan adik-beradik..Kami tak ramai, hanya 5 bersaudara. Tapi adik aku yang lelaki tidak dapat menyertai percutian ini kerana beraya di Kedah. Adik-adik yang ada ini ajelah saudara terdekat yang aku ada..Jadi hubungan kami, turun naik macam mana pun kena dipelihara..

Tadi 2 kali aku masak bubur..baru tahu betapa enaknya makan bubur beramai-ramai. Selama ini aku cerita aje kat mama keseronokan makan bubur yang aku masak. Anak-anak saudara menguasai kolam mandi dengan teriakan dan jeritan gembira. Pendek kata, semuanya happy dan aku pun afdal rasa happy.

Buat rakan-rakan, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dan Salam Merdeka aku ucapkan…maafkan kegagalan membalas SMS/FB/Twitter dan lain-lain medium ucap selamat kerana masa aku padat bersama keluarga.

Buat suami tersayang, terima kasih atas kad raya surprise..Saya sayangkan awak seperti gandum yang penuh diladang dan bintang yang bertaburan dilangit..

p/s: Jurukamera Multimedia, Anip Ngiring kembali ke rahmatullah..Takziah buat keluarga beliau dan rakan-rakan di Unit Multimedia..

 

Senarai Semak Hari Raya

1. Mandi Sunat Hari Raya..
2. Sembahyang raya
3. Ziarah kubur arwah abah yang amat dirindui..
4. Sessi salam raya dan merayu Hadi maafkan dosa dunia akhirat
5. Sarapan pagi dgn membaham nasi impit,rendang dan kuah kacang mama yg subhanallah sedap sungguh.
6. Raya dan reunion Zabarian kat rumah Areen.
7. Packing baju dan barang-barang untuk pergi Cherating.
8.Pergi Cherating!
9. Mandi kolam-mandi laut-makan-mandi kolam-mandi laut-makan
10. Acara bebas
-sessi membalas sms
-load gambar dalam Facebook
-update blog
-agenda lain yang munasabah

Dory Sungguh Seorang Mat Sabu

21 Ogos lalu di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pakcik Mat Sabu membuat kenyataan panas dengan menganggap komunis sebagai hero manakala anggota keselamatan khususnya polis, ahli keluarga mereka yang terkorban dan ibu-ibu yang tak pernah mengangkat senapang menentang komunis bukanlah pejuang sebenar. Tak pasal-pasal karya Tan Sri Jins Shamsuddin, filem Bukit Kepong pun terpalit kisah bohong sebab Tan Sri itu penyokong UMNO.

Amnesia sungguh pakcik ini sebab kenyataan pertama yang dikeluarkan ialah dia lupa..dia lupa dia pernah buat kenyataan seumpama itu. Mungkin kesan jatuh motor masa Bersih 2.0 hari itu menyebabkan kecacatan kekal pada ingatan Mat Sabu. Aku sendiri saspek dia banyak berhalusinasi ekoran kurang kasih sayang dari pelbagai sudut.

Tak kuasa aku diakhir Ramadhan ini hendak meluku seorang Mat Sabu. Tapi terasa terhinanya korban nyawa bahana Bukit Kepong itu komunis yang didendang sebagai wira. Aku yakin ini bukanlah pendapat PAS sepenuhnya..ini hanyalah kenyataan peribadi Mat Sabu memancing pengundi Cina di Pulau Pinang. Bulan depan dia akan ke Sarawak..entah sejarah apa pula nak ditukarnya di sana dan janganlah warga Sarawak terpedaya dengan manusia ingatan seekor Dory, ikan dalam Finding Nemo.

Kenapakah tidak dikeluarkan pendapat ini 30 tahun lalu?

Dikalangan ahli PAS sendiri ada yang bekas tentera dan askar..mungkin ada juga saudara mara kalian yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong. Tidak sentapkah dengan kenyataan dangkal ini? Orang macam ini memburukkan nama parti umumnya dan melayu khasnya.

Mat Sabu, sila makan Examo!

Coffee-Break Di Petronas Seremban

Petronas Coffee Break

Petronas Coffee Break

Perjalanan balik kampung sungguh mengujakan. Lepas makan rendang ayam di Taman Permata,aku dan Hadi meneruskan perjalanan ke Tangga Batu,Melaka.

Trafik alhamdulillah lancar..Pemandu lain memandu dgn cermat dan sepanjang ini belum jumpa kebodohan lagi.

Kami berhenti di Petronas Seremban. Terima kasih atas kopi Oldtown panas percuma yang menyegarkan mata.Tandas pun bersih dan selesa.

Lepas mengopi, perjalanan diteruskan. Semangat raya mulai terasa walaupun ada beberapa hari lagi sebelum Syawal menjelma..

Semoga perjalanan ini diberkati-selamat sampai ke destinasi.Amin..

Kita minum dulu

Kita minum dulu

Perihal Steve Jobs & Insan Kurniaan Tuhan

Hari ini pengasas Apple, Steve Jobs letak jawatan sebagai Ketua Eksekutif (CEO) dipercayai ada kaitan dengan masalah kesihatan. Dia akan digantikan dengan Tim Cook. Berikutan itu, saham Apple dilaporkan susut 5.3%. Detik epik seorang Steve Jobs adalah ketika beliau memperkenalkan iPhone dengan cara penyampaian yang bersahaja, dan baju ‘turtle-neck” yang sempoi. 30 Rock menerusi watak Liz Lemon (Tina Fey) turut membahankan detik itu dalam salah satu babak dalam drama popular terbitan NBC.

Detik epik..
Liz Lemon membahan Steve Jobs

Steve Jobs ialah insan kurniaan tuhan pada Apple. Kalau tiada dia, maka Apple diramalkan akan lumpuh untuk satu tempoh yang panjang – sampailah ada pengganti yang sehebat dia. Selama 35 tahun Apple mengubah teknologi dunia rupa-rupanya berpaksikan pada kehebatan dan tempurung kepala seorang Steve Jobs..

Hebat….!

******

Aku menelefon satu kementerian/jabatan/agensi/syarikat dll yang berkaitan untuk menyelesaikan satu masalah yang mengganggu kehidupan berkat sihat aku. Tak kisahlah masalah kerja atau peribadi, nombor itu aku dail dengan harapan menggunung masalah dapat diselesaikan dengan satu panggilan. Lepas satu perbualan yang hangat,aku ringkaskan menjadi begini:-

Anda: Ok, jadi macam mana saya nak selesaikan masalah ini?

Mangkuk Yang Jawab Panggilan : Encik kena telefon balik sebab pegawai yang berkenaan tiada dipejabat.

Anda: Selain dia takkan takde siapa-siapa lain yang boleh bantu saya selesaikan masalah ini?

Mangkuk Yang Jawab Panggilan : Maaf encik. Dia seorang saja yang tahu dan boleh bantu encik.

Anda : Jadi kalau dia mati, saya kena pergi kubur dia ke?

Mangkuk Yang Jawab Panggilan : Errrr…anu…anu….anu….

************************

Hebat! Hanya ada satu manusia yang boleh membantu kita menyelesaikan masalah rupanya. Maknanya, insan kurniaan tuhan tidak terhad pada Steve Jobs, penceroboh stor kunyit dan Ibrahim Ali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...