Rehearsal APC

Pagi tadi berbondong-bondonglah warga KPKK yang telah disahkan cemerlang perkhidmatannya pada tahun 2010 ke Istana Budaya. Raptai penuh acara ini, tahun ini dibuat ditempat berprestij sedemikian rupa setelah beberapa kali ditunda penganjurannya..

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atau APC memang satu yang dinantikan oleh kakitangan kerajaan, khususnya penerima-penerima yang bertungkus-lumus berkerja. Hmm,besar maknanya, maka esok ajalah aku buat post khas berkenaan APC ya..

Seperti biasa, dunia aku memang banyak warna. Berjam-jam menunggu dan masa rehearsal beberapa nama – termasuk nama aku tidak dipanggil. Bukan kerana nama gugur dari senarai tetapi nama ‘tercicir’ dari senarai penerima. Apapun masalah itu telah diselesaikan dan insyaallah esok aku akan dapat segulung sijil dan sekeping cek yang memungkinkan wajah aku ceria untuk 1 minggu..

Sayangnya beri hitam tiba-tiba aplikasi kameranya tidak berfungsi. Mungkin terkenan siput babi yang pagi tadi cuba aku ambil gambarnya. Nampaknya esok terpaksalah mencari alternatif lain untuk bergambar. Malam ini aku akan menggunakan kata-kata penuh sopan santun dijaga agar Hadi sudi meminjamkan kamera mahalnya 🙂

Istana Budaya Kredit Gambar :http://farm3.static.flickr.com/2350/2243648217_1d92e09a07.jpg

 

Bila Ku Kenang Ku Renung..

Pandangan menusuk kalbu..

Pandangan menusuk kalbu..

Kerana aku bukan kambing..aku hanya seorang dinasor yang telah lenyap dalam kotak memorimu..

Kerana aku ganas dan berapi. Engkau tercalar dihati. Rasa rindu berapi menjadi basi..

Sesekali aku terkenang,kala itu aku merenung indahnya bila semarak cinta menggila dijiwa..bila bersama mengisi siur simpang hidup tanpa rasa curiga.Derita tak pernah ada..

Aku kini pupus..memandangmu dari kejauhan dan terasing di bumi tandus..

Ikhlas – Tyrannisorus Octipus Prime

Posted with WordPress for BlackBerry.

Sehari di Kota Singa..

Aku tak pernah rasa mahu ke seberang tambak. Secara peribadi aku lebih suka untuk ke Thailand ataupun Brunei. Thailand sebab banyak makanan yang menarik di sana dan Brunei ramai rakan-rakan di sana. Kesempatan untuk melawat Universal Studio,Singapura aku gunakan sebagai salam kenal untuk persediaan aku ke sana di masa hadapan.

Jadi bila sebut di masa hadapan, makanya aku sudah memasang angan-angan ke sana lagi 🙂

Aku, Hadi dan Fariq ke sana setelah mendapat pakej yang munasabah ditawarkan oleh sebuah agensi pelancongan di JB. Ini kira pakej kawan – atas – kawan – atas – kawan. Pakej merangkumi penginapan di 2 malam di Hotel JB Sentral, tiket masuk ke USS dan sebuah MPV utk kegunaan sehari. Sejujurnya, aku tidak menggalakkan rakan-rakan untuk bermalam di sini. Harganya mengarut, tak sepadan dengan kondisi bilik dan pekerjanya tidak efisyen. Kami ambil 2 bilik dan masa seharian di Singapura, balik malamnya salah satu bilik telah dijual kepada orang lain – dalam keadaan masih ada beg pakaian di dalammya. Orang yang check in itu pun bengap juga kerana tidak rasa curiga ada beg pakaian orang lain. Mujur ada bilik lain sebagai ganti. Kalau tidak malam itu juga aku akan mengamuk di lobi hotel.

Glob Berputar USS
Berbalik pada cerita asal..lepas sarapan kami terus menuju ke destinasi utama – Universal Studio, Singapura. Punyalah ramai manusia…walaupun banyak barisan disediakan semuanya panjang-panjang belaka. Gigihlah kami bertiga beratur sambil memastikan barisan itu tidak dipotong. Malangnya bila sampai giliran kami untuk masuk tiket itu pulak salah tarikh. Aduhai…apalah malangnya nasib selalu sangat benda tak seronok jadi bila nak berseronok-seronok. Mujur tiket itu boleh ditukar dipejabat agen dan sekali lagi, selepas beratur panjang kami akhirnya berjaya masuk ke USS. Rasa nak sujud syukur pun ada sebab pemeriksaan keselamatan / tiket di sana sangat ketat.
Tengok peta dulu nak ke mana..

Kami masuk sekitar jam 10.00 pagi dan keluar jam 5.30 ptg. Percayalah, tak cukup masa sebenarnya 7 jam di sana. Tapi memandangkan orang sangat ramai, tak semua tarikan di dalam itu dapat dicuba. Cuaca pagi itu tidak begitu memberansangkan. Hujan turun agak lebat jadi kami mengambil keputusan untuk makan dahulu. Ini lagi satu hal..Kami lepak disebuah kedai era 80-an yang menjual makanan segera. Burger daging nampak sangat menyelerakan. Tapi sebab rasa was-was, aku hanya pesan kentang goreng dan gegelung bawang. Harganya boleh tahan mahal dan sebaik sahaja selesai doa makan baru nampak tanda halal! Hampeh betul…

Sepanjang jalan, anda boleh nampak pelbagai jenis karektor kartun, atau watak dari filem terbitan Universal Studio. Ada Woodywood Pecker jantan dan betina, Beatlejuice, Charlie Chaplin dan banyak lagi. Masalah pergi hari minggu ialah orang terlalu ramai. Aku sempat ambil dengan watak yang barisan menunggunya tak berapa panjang. Disebabkan aku bukannya kartuk geek, tak semua karetor itu aku kenal. Belasah aje..janji ada kenangan di sana.

Entahlah siapa ini orang..

Paling aku ingat ialah di kawasan Far Far Away, tempat Shrek. Aku mahu bergambar di jamban tempat Shrek melabur. Tak sangka pula ada speaker di situ yang akan berbunyi suara Shrek. Hampir tersungkur aku terkejut.. Sayangnya aku tak dapat lihat Shrek in 4D. Kena tambah lagi $40 kalau nak tengok. Memandangkan duit bawa tak banyak, aku lupakan ajelah hasrat itu.

Bilik Air Shrek..

USS ni ala-ala theme park yang banyak benda aku tak akan naik. Rollercoaster dan benda laju-laju tu memang tak masuk dalam senarai. Aku penakut, sekian. Kalau naik yang manja-manja ala-ala cruising tu takpe. Siapa yg gile benda-benda tu, sesuai sangatlah berlama-lama di sini.

Jam 5.30 ptg pilot datang menjemput kami dan kami dibawa meronda-ronda kawasan Kota Singa. Kebetulan mereka mengadakan raptai untuk sambutan kemerdekaan. Sempatlah kami melihat pertunjukan bunga api, formasi heli dan kawad. Kalau datang Kota Singa tak ambil gambar dengan singa maka tak lengkaplah sessi bergambar.

Mercu tanda Kota Singa

Sungguh, satu hari yang penuh dengan agenda. Sampai sakit-sakit badan dan kaki seharian berjalan di sini. Berbaloi duit yang mengalir di sana..Semoga ada rezeki kembali ke sana..Insyaallah.

Singapura waktu malam..

Kasut Cap Ayam..

Petang tadi aku,Hadi dan Fariq selamat sampai di JB. Syukurlah perancangan utk melawat Universal Studio Singapore (USS) sempat diatur walaupun disaat akhir. Terima kasih Hadi..

Boleh dikatakan misi ini 90% selesai. Esok tinggal masuk aje dan memulakan misi menjadi sang pengkagum. Cumanya aku dan Hadi bercadang membeli kasut di sini sahaja. Lagipun kasut kami berdua itu sudah selayaknya dibakul-sampahkan.Risau juga takut-takut tak dibenarkan berselipar di USS.

Makanya misi mencari kasut bermula selepas kami selesai makan malam. Punyalah payah nak cari kasut yang murah dan sesuai. Akhirnya dapat juga kasut ini..Jadilah utk dibuat belasahan..

Malam ini harus tidur awal. Tapi channel seberang tayang dokumentari yg seronok utk dilayan..Aaaah, ikutkan sahaja.

Kasut yang gengsi..

Kasut yang gengsi..

Posted with WordPress for BlackBerry.

Mengenang Seorang Sahabat, Azaha Rasidi…

Ia bermula dengan perbualan santai beberapa teman di bilik jamuan tetamu SPM. Kami membincangkan satu majlis bacaan Yasin dan Tahlil secara kelompok kecil, tak sampai 10 minit masa dan tarikh dikenalpasti dan di pejabat nan garuda disampaikan niat kepada sesiapa yg kebetulan ada di situ. Semua setuju dan bersemangat lantas agihan kerja dibuat terus tanpa berbasa-basi lagi.

Asalnya majlis mahu dilakukan esok. Aku pula kebetulan akan bercuti dan mereka bersetuju dibuat pada hari Khamis. Terima kasih kepada yg sudi menghulurkan sumbangan bagi membiayai pembelian bekas makanan, minuman dan keperluan lain.

Master Chef..
Sumbangan rakan-rakan

Ini bukan majlis besar berprotokol bagai. Menu pun secara ‘potluck’ seikhlas pemberi sumbangan. Siapa yang tahu, hadirlah..Siapa yang tidak, kemaafan dipohon sebab kalau kami tampal notis skalanya menjadi besar. Ini percubaan pertama..alhamdulillah ini percubaan pertama yang sangat berjaya! Insyaallah tahun depan lebih terpelihara persiapannya.

Hj. Daud mengepalai majlis ini...

Bacaan Yasin dan Tahlil dikepalai oleh Haji Daud, antara pegawai seksyen yang kami hormati. Memandangkan dibuat diruangan pejabat, pemandangan kasar agak lompong tapi disetiap ceruk sudut dipenuhi rakan-rakan arwah yang bersedia seawal 10.00 pagi. Suasana hiba dan sebak amat dirasai dan aku sendiri gagal menampung airmata. Arwah begitu istimewa…hanya ini sahaja yang mampu kami lakukan untuk seorang abang dan sahabat yang telah pergi meninggalkan kami setahun lalu…

Antara yang hadir
Antara yang hadir..

Kepada rakan-rakan yang sempat hadir tadi dalam kesibukan kerja, hanya ucapan terima kasih dapat aku hulurkan. Terima kasih atas masa, terima kasih sudi bersama dan terima kasih kerana memahami perjalanan percubaan pertama ini. Dapatkah anda semua rasakan hubungan kekeluargaan kita sebenarnya ada…Cuma tidak dilestarikan saja. Kalau kita kekalkan hubungan sebegini sesama sendiri pasti sepanjang di SES kita akan bersatu hati dan dan tenang melalui turun naik kerja dengan bantuan emosi rakan-rakan.

Sebelum catatan terhenti, ingin aku nyatakan sekali lagi ini kerjasama semua pihak. Ini antara sumbangan kita pada sahabat yang telah tiada. Seandainya aku pula dijemput nanti, insyaallah rakan-rakan akan lakukan perkara yang sama kerana hari ini kita semua telah mulakan langkah yang pertama….

P/s : Kredit foto pada Sue Aryanie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...