Arrow – The Offer

arrows3333-700x377

Mungkin harapan aku terlalu tinggi dalam episod ini disebabkan ia berhenti bersiaran beberapa minggu dengan debaran adakah Arrow akan menerima tawaran menjadi Ra’s Al Ghul. Ditambah sambungan The Flash baru-baru ini yang sangat ‘mind-blown’ membuatkan aku bersungguh mahu Arrow memberi rasa yang sama.

Ngeh! The Offer – Ok-ok ajelah…

Perempuan-perempuan dalam siri ini mula membuatkan aku buat reaksi Tina Fey. Tiga-tiga ekor ada masalah bapak. Si Nyssa kecik hati dengan Ra’s Al Ghul sebab pilih Arrow untuk ganti legasi dia, pompuan super annoying Laurel pulak kecik hati dengan bapak dia – sebab kecik hati dengan dia (neeeext) dan Thea pulak memang masalah besar sejak takde bapak dengan ada bapak baru.

tina-fey-eye-roll

Setiap kali diorang muncul dengan dialog2 super panjang untuk menunjukkan ‘hey aku pun penting dalam siri ini jugak’, setiap kali itulah aku berharap semoga korang kena panah dalam babak sepenuhnya.

Felicity pun sama. Aku dah mula merengsa dengan tiang lampu feeling-feling hot.

Mood : tak berapa excited nak tunggu sambungan minggu depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *