APR Associate Trainer

Hari ini selesai hari kedua APR Associate Trainer. Banyak ilmu aku dapat dan akan kongsi dengan semua bila ada masa menulis nanti. Yang penting, pemahaman aku tentang proses pilihanraya dan pengundian terjawab. Bila aku dah faham, senanglah Kak Benny kau nak memahamkan umat, tak begitu Christopher?

Pagi tadi juga, aku sempat mini reunion dengan geng Spank Intelligence. Fariq ada jugalah sekali-sekala berjumpa tapi sahabat seorang ni Kimi, akhir aku ingat jumpa dia adalah masa tengah berpantangkan dak Eskandar Dzulkarnain. Eskandar pun sudah 7 tahun! Dia juga pembekal dabai yang setia setiap kali aku teringin sebab …. Anyway Farah Z, we miss u 🙂

Juga sahabat masa di UiTM, Cat. Serius tak berubah jauh sangat. Sembang masih sama macam zaman-zaman menara tingkat 13.

Tak lupa, medan pertemuan dengan sahabat-sahabat tuan tabib yang iaitu DJ dan Shira.

Daaaan…ini kakak kau touching habis. Tuan tabib datang buat surprise! Kebetulan dia ada meeting di Putrajaya dan singgahlah jumpa kekasih dia yang merindu hari-hari ni. Aku rasa macam lama sangat dah tak jumpa Hadi, sampai aku sendiri terasa dia dah susut sikit. Yang gemok cermin mata aje.

Terima kasih Akademi SPR atas peluang yang diberikan. Walaupun menggigil masa bercakap tadi tapi sebenarnya aku boleh aje lakukan pembentangan tadi kalau lebih bersedia. Biasalah, Kak Benny ni kelakar seram orangnya 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *