Apalah Merah Dengan Kuning Punya Hal!

Tarikh telah ditentukan..Satu wilayah kecoh bila Merah dan Kuning akan menunjukkan siapa antara 2 warna ini mempunyai penyokong dan lebih handal dipadang!

Masing-masing mempertahankan visi,misi,azam,iltizam dan ayat-ayat lain yang membawa konotasi perjuangan harus diteruskan. Tunjukkan segala macam skill.Kalau perlu buat slogan dengan kadboard macam main Sahibba K.U.N.I.NG atau M.E.R.A.H kita harus buat. Kita bariskan yang muda,kecil, dan kuat suaranya bertempik dibarisan hadapan.Kalau dapat yang vokalnya besar,garang dan macam guruh lagi bagus. Lagi hebat mereka menjerit,lagi terbuka mata yang menonton dan pasti jurufoto akan mengambil gambar-gambar terbaik.Kalau nasib kita baik,esok keluar suratkhabar dan jadi closing visual selepas berita!

Kaum ibu tak ketinggalan.Seharian berjegang mata menjahit baju atau selempang. Yang merah,merahlah…Yang kuning,kuninglah. Apa yang penting sumbangan dalam memberi sokongan kepada pertembungan dua warna ini!

Kepala kumpulan melobi tak ingat. “Dengar semua,tunjukkan sokongan kalian dengan memakai baju warna kita!” Dan disambut dengan jeritan penyokong juga…Hidup Merah!! Hidup Kuning.

Dua sahabat berlainan ideologi dan warna. Kerana satu hari untuk menunjukkan warna mana jaguh padang seminggu tak bertegur-sapa. Kita tunggu hari itu,siapa yang hebat. “Hey,kuning..aku sagat baik punya mesti tak terlawan dengan props kami”
“Hey,merah!aku pun sagat baik juga.Kau tunggulah nanti!”

*** 9 Julai..orang ramai bersendat-sendat. Yang pendek menjingkit,yang tinggi mata meliar dan kemudian semuanya bermula…

Belah kiri semuanya merah…
Belah kanan semuanya kuning..Kedua-dua ketua bersedia dengan pembesar suara dan jeritan penyokong menghangatkan suasana…!

Pertembungan akhir antara pasukan sorak rumah Merah dan rumah Kuning di padang Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat berakhir dengan sorakan penuh semangat berpasukan dan sokongan dari rumah Hijau,rumah Ungu dan rumah Biru walaupun tidak berjaya keperingkat akhir..

Yang pasti,dua sahabat tersenyum sendiri memandang tangan yang calar-balar kerana menyagat tali rafia berwarna merah dan kuning dengan garfu untuk dibuat pom-pom.

Ingat,cari persamaan dan bukan perbezaan.Kita akan bahagia begitu…

Sekian….

Merah vs Kuning..

Merah vs Kuning..

Posted with WordPress for BlackBerry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 thoughts on “Apalah Merah Dengan Kuning Punya Hal!”

  1. yup..cari persamaan bukan perbezaan sbb kita asal keturunan yang sama cuma beza pendapat..idealogi jek..klu cer kita bersatu atas kepentingan bangsa..mrk yg lain turut gerun akan kita….ni idaak..ase tunjuk..bako..ase bako..nunjuk…-angguk2..geleng2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *