Antara Ibrahim Ali, Rebecca Black dan dR.Rozmey

Lebih Besar Lebih Bagus

Setiap kali berjumpa dengan orang berjiwa besar, aku jatuh kagum. Kagum sebab secara lahiriahnya semua manusia bercita-cita besar. Tak semua berjaya mencapainya tapi hampir semua menidakkan kejayaan seseorang. Atas sebab apa penolakan berlaku, ada banyak. Satu sebab yang selalu aku guna ialah tidak realistik – sampah – mengarut dan perogolan minda.

Anugerah Ibrahim Ali itu lucu..sungguh! Yang tak gemar berpaksikan politik memang dah bergantang-gantang hujah yang keluar. Google saja..silap-silap bahan bacaan itu membuat anda berairmata kasih dalam suasana jerubu nie. Aku sudi apply jika jenama anugerah itu dimurnikan menjadi ‘Anugerah Perkasa, Anugerah Perdana etc. Berbalik pada AIA, kenapa dia? Ramai lagi alumni UiTM yang maha dasyat pencapaiannya serta lebih terbilang,terpuji dan tiada kisah pelik untuk didendang. Mengasosiasi satu anugerah dengan satu nama yang berkarektor aneh akan menghasilkan lelucon yang juga aneh – tapi lucu dan menghiburkan. Terima kasih atas itu..

Ibrahim Ali berjiwa besar..begitu juga dengan Rebecca Black. Harus kita kagumi kesungguhan untuk mencapai satu cita-cita sama ada berunsur politik, hiburan, sukan ataupun pangkat. Berbekalkan sokongan ibubapa yang mampu makanya lahirlah Rebecca Black ke arus perdana hiburan antarabangsa dengan lagi Friday bereffectkan autotune. Seorang atuk sehingga menyumpah kebingaian lagu dan video klip Friday di laman Youtube. Tapi Rebecca percaya dia berbakat..lirik lagu My Moment sendiri dengan jelingan remaja birah baru datang bulan seperti memberitahu kepada haters yang ‘i believe in maisep..deal with it..” Kita harus kagum..dia seperti mengambil semangat lagu Akademi Fantasia percaya pada diri dengan harapan dan keyakinaaaaaaan..

Kita juga harus kagum kerana dikurniakan ahli perniagaan yang pertama kali menjadi produser filem sangat yakin filem pertamanya mampu mencatat 40 juta. Dia tidak menyedari hakikat kutipan itu tak tentu menjadi realiti walaupun semua PATI dan TKI sudi membazirkan pendapatan tak seberapa mereka di panggung wayang. Tokey cetak rompak pun merungut kerana DVD tidak mendapat sambutan. dR Rozmey berani gagal..dan seperti kastam, dia menyalahkan media (wartawan hiburan.)Tetapi kita mungkin akan menelan semua umpat keji caci maki yang ada kerana dia bercita-cita membawa Pamela Anderson memeriahkan filim kita wajah kita.

Apapun, kita harus bersyukur dengan adanya pelaku-pelaku begini hidup kita yang perit dengan segala masalah dunia boleh tersenyum dengan jenaka lucu yang akan, bakal atau sedang dihidangkan. Tahniah, badak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Replies to “Antara Ibrahim Ali, Rebecca Black dan dR.Rozmey”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *