Antara Bangang & Bijak..

Buku yang ditukar..

 

Pada percutian yang lampau di Cambodia, aku mula menyegarkan satu tabiat membaca diusia nan pemalas nak membaca ini (kecuali buku teks wajib kelas sarjana.) Dulu aku memang rajin amat membaca. Tapi tabiat yang jarang tersemai berlalang jua akhirnya. Kini aku mula ke arah itu kembali.

Semasa berkunjung ke Laos, aku membawa sebuah buku bertajuk Kemunculan Nasionalisme : Persaingan dan Persubahatan Pada Akhir Abad Kesembilan Belas. Buku ini aku beli di Amcorp Mall dan belum sempat aku baca lagi. Harapannya sepanjang perjalanan yang panjang dapat juga aku menghabiskan buku ini. Ya, aku berjaya habiskan..dan selepas itu rasanya nak aku lemparkan di Sungai Namsong.

Kenapa? Ia adalah terjemahan kajian oleh Anil Seal tentang politik di India. Terjemahan itu aku sifatkan “menyusah dan menjengkelkan”. Terjemahan secara terus menyebabkan kepala aku pening semasa membacanya dan ada ayat yang tak masuk akal selepas diterjemah. Apapun, aku cerna juga pengisian buku ini. Aku tak berhasrat untuk mengulang baca. Baik aku wiki sahaja jika ada ketidak fahaman di mana-mana.

Di rumah tamu yang aku sewa ada satu perpustakaan mini yang menggalakkan penyewa menukar buku mereka dengan buku sedia ada di sini. Aku memang berhajat nak tinggalkan buku aku itu. Alang-alang boleh tukar, aku tukar buku itu dengan buku Fifty Shades of Grey (yang juga sudah habis aku baca). Makanya jika ada kajian mengatakan rakyat Malaysia membaca 2 buku setahun, aku tidak masuk dalam statistik itu.

Agak menjengkelkan bila aku lihat ada katalog Zhulian terselit dicelah susunan buku. Ia ditukar oleh manusia mana entah. Seranah mula keluar dari mulut aku.

Are you fucking kidding me? Zhulian???

 

“B, sebenarnya dia bijak..tukar dengan katalog..” kata Hadi sambil tersenyum.

Aku kurang mengerti. Oh, kemudian aku faham… Mungkin aku patut bawa katalog AVON, Nutrimetics atau Alphalipid pada percutian akan datang?!?!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *