Antara Anak dan Jualan Mega

tumblr_n567atqetm1s8n4yno1_400-1

Ia adalah satu kejadian yang berlaku betul-betul depan mata aku. Lokasinya Sogo. Acaranya aku tak pasti. Tapi rasanya pastilah antara jualan-jualan runtuh mencecah 70% yang berlaku minggu itu yang menarik ribuan manusia ke sana.

Oh, jangan salah anggap. Aku ke sana kerana bertahun-tahun lamanya aku tidak menjejak kaki ke sana. Saja berjalan sementelah minggu itu sahaja aku dan Hadi berpeluang menghabiskan sisa masa hujung minggu bersama – berdua.

Kala meredah ratusan manusia untuk menuju peragaan beg duit, dompet dan beg sandang, disebelah aku seorang ibu muda memegang keras lengan anaknya – lingkungan 6-7 tahun. Budak itu seakan meragam mahukan sesuatu. Nada ibu muda itu sedikit keras. Ok, itu lumrah atas apa juga rasional yang dia ada.

Kemudian dia mengepal menumbuk dan hampir 3 das singgah di dada budak itu. Kuat! Berdebish-debish menanggap pendengaran dan mata aku tertancap pada keduanya. Tapi orang terlalu ramai. Aku pasti budak itu pasti sakit. Mungkin dia menangis. Mungkin juga dia diam kerana terbiasa.

Aku tak pasti Hadi perasan aku tidak. Aku mahu berpatah balik. Tapi apa yang boleh aku buat? Aku tak mahu jadi busy body. Aku juga tak mahu jadi bystander. Itu anak dia, dia pun bukannya saudara aku. Membuat scene hanya akan memburukkan keadaan sedia ada.

Sampai sekarang aku menyesal kerana tidak tahu apa yang patut aku buat. Mungkinkah diam adalah pintar seperti laungan KRU?

Tapi aku masih memikirkannya.

Pantas aku teringatkan Eskandar Dzulkarnain dan Ezzudin Dzulfikar, rasa mahu berlari, mendakap mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *