Anak Yatim dan Jam G-Shock vs Jam Boy London

jam

Al-kisah anak yatim itu menayang jam baru miliknya. Jam G-Shock sumbangan dari manusia budiman buat anak yatim ini dan anak-anak yatim lain. Biasalah budak-budak..perasaan menunjuk-nunjuk dan sedikit riak itu tetap ada walau cuba disembunyikan.

Aku balik rumah dari sekolah dengan perasaan dengki. Sabtu minggu itu aku ke pasar malam Taman Permata (kini telah berpindah ke Taman Melawati). Tujuannya untuk membeli jam tangan Boy London yang berharga RM10. Jam ini boleh bertukar-tukar warna mengikut suhu bilik. Aku pernah simpan jam ini dalam peti sejuk untuk menguji sejauh mana kebenaran kuasa jam nan sebuah itu.

Ok, aku ada jam. Dia juga ada jam..Isnin itu kami bertemu dan dia memberitahu dia mendapat sumbangan lagi. Kali ini beg sekolah dan baju raya. Tapi aku tidak kuasa untuk melawan apa yang dia ada. Sebab aku mungkin kalah dengan barangan duniawi, tapi aku bertuah sebab aku masih punya mama dan abah waktu itu.

Jam Boy London memang buat aku insaf…Ia tidak sehebat dan semahal G-Shock tapi aku yakin aku lebih manusiawi kala umur aku sekitar itu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

One thought on “Anak Yatim dan Jam G-Shock vs Jam Boy London”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *