Anak Sudah Boleh Buat Apa?

ed

Acapkali bila ditanya soalan ini aku sering buntu untuk menjawapnya. Apa sangat nak aku khabarkan..Eskandar Dzulkarnain sudah boleh bersembang riang dengan suara yang nyaring, sudah pandai meminta perhatian dengan pelakuan sebegitu. Dia tidak meragam ditempat asing seperti di kedai makan atau di rumah rakan-rakan. Dia sentiasa senyum, mesra alam dan menarik perhatian khalayak untuk diagah kerana mukanya yang manis.

Pernah dalam hati, bila ditanya “anak sudah boleh buat apa” aku mahu menjawap –  sudah pandai membaca Surah Al-Maidah.

Minggu lepas, sejurus habis kursus di Hulu Langat aku langsung ke rumah mama. Menurut SMS yang dikirim, ED sudah pandai meniarap. Aku dibadai perasaan tidak sabar yang tinggi untuk bersama ED. Ketika sampai, dia sedang menyusu dan agak keletihan kerana mempraktikkan kemahiran hidup baru itu.

Hampir sejam aku bermain-main dengan ED. Melayan bersembang dengan suaranya yang manja, tapi sedikit nyaring dan kuat meminta perhatian. Berkali-kali aku memujuk dia untuk meniarap agar dapat aku saksikan detik itu secara langsung. Hampa…sudah 3/4 hampir meniarap tetapi tidak terbalik-terbalik juga. Letih barangkali. Aku juga letih menunggu kerana harus menyiapkan diri selepas 3 hari serba-serbi tak sempurna ditempat kursus.

Sebaik aku turun, Mama khabarkan sudah 2 kali dia meniarap.

Hmmm…sedikit kecewa.

Itulah, anak sudah boleh buat apa tapi aku tidak sempat melihatnya.. 🙁

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *