Amitabh Bachchan Enggan Terima Bayaran Berlakon

Cayalah pakcik..Say shava shava!

***************

Petikan dari Kosmo

Amitabh Bachchan enggan terima bayaran berlakon

MUMBAI – Bintang Bollywood, Amitabh Bachchan (gambar) menyatakan dia tidak akan meminta satu sen pun untuk lakonan sulungnya dalam filem Hollwyood terbaru arahan Baz Luhrmann.

Filem tersebut diadaptasi daripada novel klasik bertajuk The Great Gatsby.

Dalam blognya kelmarin, pelakon berusia 68 tahun itu menyatakan dia cuma membuat kemunculan sekali sebagai tanda muhibah dalam filem berkenaan yang turut dibintangi aktor Leonardo DiCaprio, Tobey Maguire serta aktres Carey Mulligan.

“Luhrmann menelefon saya pada bulan lalu dan mengundang saya berlakon untuk membawa watak kecil dalam filemnya dan saya bersetuju. Ia sebagai tanda muhibah. Saya juga enggan menerima sebarang bayaran untuk itu,” kata Bachchan dalam blognya,¬†bigb.bigadda.com.

Dikenali sebagai Big B dalam kalangan jutaan peminatnya di India, Bachchan yang amat popular sekitar tahun 1970-an telah membintangi lebih 150 buah filem.

Bintang legenda itu akan melakonkan watak Meyer Wolfsheim, seorang ketua penjenayah misteri yang membantu watak utama, Jay Gatsby menjadi jutawan dalam novel berkenaan yang ditulis oleh F. Scott Fitzgerald pada tahun 1925. – AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *