ALPHABET Untuk Manusia Sebal

alphabet structure copy-2

Ada akses internet tapi info yang ada balik-balik kisah yang sama. Politik memang akan ada orang up status selang 30 saat, resepi masakan sekali-sekala berlegar-legar manakala muka budak merata-rata. Budak tu anak dia, budak kiut tu belajar taekwando dan budak hilang.

Selain #TipSMasukU, ALPHABET trending selama 2 hari. Aku pulak pemalas nak baca isu semasa dan isu dunia. Dok gugel Benicio Del Toro tak sudah-sudah sejak terjebak dengan beliau.

Alang-alang tunggu Cheese Nan aku pun tanyalah pada makhluk hensem sebelah tu, “B, apakah ALPHABET yang trending ni, i tak faham…”

Dia pun terangkan…..

Aku pulak hmmm..hmmm..hmmm…sambil makan sate daging secucuk demi secucuk. Agak blur-blur lipas juga nak memahamkan apa yang dia cakap sebab jujurnya – aku ni ignorant.

Yang aku dengar :-

Google…bawah Google…dalam Google Maps, subsidiaries….component…conglomerate…

Sebelum mengakhiri perbualan ALPHABET ni, aku pun cuba untuk terangkan seolah-olah aku faham apakah ia. “Jadinya Google bagai-bagai tu macam UMNO, MCA, MIC, Gerakan etc dan ALPHABET tu BN la?” (Sudahlah tak berapa bijak, cuba pulak analogi macam student 3.87)

K….

Kami pun menghabiskan makanan yang ada tanpa berhuhuhu.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *