Alhamdulillah, Pengakhiran Yang Indah..

image

Puncanya mudah saja…aku dan seorang sahabat sentap. Sentap dengan satu pernyataan yang tidak ditujukan pada kami pun, tapi cukup untuk membakar semangat untuk menganjak ke satu takuk akademik yang tinggi. Ketika itu kami sedang menikmati ikan bakar yang super lazat di Cherating. Seorang sahabat lagi datang bersama suami dan anak-anak. Ketika sessi `catching up things’ tu, sang suami bertanyakan tentang perkembangan si polan yang merupakan sahabat zaman mudanya. Ketika dikhabarkan si polan sedang sibuk dengan pengajian sarjana, sang suami membalas `ai,baru nak ambik master?!’.

Kami tahu kenyataan itu tidak bersifat menempelak. Kami aje terasa sebab masa tu kami belum terfikir dengan serius pun untuk menyambung pengajian yang terhenti setakat ijazah. Bertitik-tolak dari edisi sentap itulah aku mula memikirkan dengan serius untuk sambung belajar. Ditambah dengan tiada perkembangan kerjaya dan `calon sudah ada’ utk kenaikan B44 menguatkan semangat aku untuk lari sekejap dari pejabat. Syukur, aku dapat biasiswa HLP dan course yg aku mahu. Kisah HLP nie pun satu hal. Aku tak faham kenapa rakan-rakan yang tahu prosedur susah sangat nak kongsi cara nak apply HLP. Sudahnya buat sendiri..

2 tahun aku mengaji. Tahun pertama aku diuji dengan pemergian Cahaya Balqis ketika sedang sibuk exam  untuk semester 2. Aku tak sempat ambil final dan terpaksa mengulang. Tahun kedua pula aku mengandungkan Eskandar Dzulkarnain. Bayangkan viva dalam keadaan sarat 36 minggu. Alhamdulillah aku mengandung ketika sedang belajar setelah 7 tahun menanti rezeki ini.

Alhamdulillah juga aku berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang..

Atas semua yang berlaku yang tidak memihak pada aku, aku redha. Kerana pengakhirannya aku diberi keindahan yang tidak terungkap nikmatnya.

Oh, ya…sahabat aku yang diceritakan di atas lebih cemerlang keputusannya. Apapun, we’ve made it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *