Alahai, Trueblood

True-Blood-final-season-0403-6

Nampaknya aku berkongsi sentimen dengan ramai blogger berhubung pengakhiran drama bersiri Trueblood. Mulanya aku membayangkan pengakhiran How I Met Your Mother itu kronik, rupanya Trueblood lebih kritikal dan sebal! Setidaknya HIMYM memuktamadkan cerita itu dengan lebih banyak persoalan yang mungkin boleh difikirkan untuk disambung siri, sequel atau prekuel. Tapi Trueblood…aduhai, huh, baguslah habis pun. Sampai begitu getus hati aku bila melihat ‘true death’ Bill Compton.

Entah daripada mana mahu pula pun aku tak tahu. Tak pasal-pasal blur-blur lipas dibuatnya. Aku bersetuju dengan pendapat Hadi, iaitu setidak-tidaknya drama ini mula memberikan closure untuk semua watak seperti Alcide yang awal-awal lagi dimatikan (kalau tak mati tak merembes-rembes pulak si Sookie bila Bill pulak mati,right..) Sam Merlotte yang mengambil keputusan keluar dari Bon Temps dan menjadi bapa, ibu Tara yang psiko tak tentu hala dan watak-watak lain. Oh, Jessica dan Hoyt kahwin sebab nak kasi Bill tengok tu hanya scene buang masa dan setakat menjadikan cerita aje. Tak ada pun takpe. Begitu juga dialog super melarat antara Sookie dan Bill sebelum Bill mati sangatlah super bosan. Duh, aku tertidur sekejap!

Scene paling memorable ialah masa Eric dalam kereta sambil mendengar lagu tekno Jepun.

oh, yeah!
oh, yeah!

 

Kemunculan Steven Newlin, naah. Aku memang tak gemar mamat nie.

steve-newlin-1024

Hah, itu aje. Takde lagi yang aku nak tambah. Tamatlah satu siri drama yang aku minati sejak mula ia bersiaran. Cinta sejati, pengakhiran tak semestinya indah. Itulah kesimpulan percintaan Sookie Stckhouse dan Bill Compton. (Sekonyong-konyong Deezer memainkan lagu Goodbye-Spice Girls).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *