Al-Fatehah : Datuk Salleh Majid

Pagi tadi Datuk Salleh Majid telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.20 pagi tadi kerana sakit kanser usus dan kegagalan buah pinggang. Arwah seorang tokoh yang sering aku undang setiap kali adanya isu berkaitan dengan ekonomi. Jarang permintaan kami ditolak beliau.

Aku selalu ingat pertama kali bersembang dengan arwah, aku agak cuak dan takut. Riak muka arwah serius..Rasa gementar aku memang tak boleh sorok. Rupanya beliau mudah didekati..

2 hari tahun baru dibuka,dua berita sebegini membuka ruang catatan aku. Lain rasanya mengucap takziah pada orang yang kita tak kenal dan orang yang kita kenal..

Al-fatehah buat Datuk Salleh Majid. Tenang di sana…Amin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *