Aku Urang Bijak, Engkau Urang Bodoh

Semakin lama kebodohan engkau bersatu dengan kebijaksanaan aku, semakin nipis kadar kebijakan yang aku ada. Tanpa disedari, kadar kebodohan aku semakin menebal dan kadar kebodohan engkau yang memang dah takat maksimum tu tak mengubah apa-apa…

Dah tak boleh buat apa lagi dah, melainkan engkau menyusutkan kadar kebodohan engkau tu dan menaikkan kadar kebijakan, kadar kewarasan, kadar kematangan, Jon Secada, Sekadar Di Pinggiran yang dah lama blinking lampu merah. Engkau terlalu bodoh untuk perasan. Aku yang bijak dah mengingatkan. Tapi engkau yang bodoh mengabaikan…Aku larut dalam kebodohan engkau dan menyakitkan jiwa raga aku dengan bertazkirah dengan dinding.


Engkau tetap mempertahankan kebodohan engkau..dan bertanya pada aku yang bijak – kenapa itu ini begitu begini terjadi. Sedangkan Michael Angelo pun tahu tanpa pizza rakan-rakan beliau yang lain termasuk Rafael akan kelaparan dan kebuluran. Tetapi engkau tetap meminta anak penyu berempat itu mencari makanan alternatif selain pizza. Tapi engkau yang bodoh tidak membenarkan mereka menggunakan duit untuk membeli makanan. Lantas apa keputusannya?


Engkau memang la bodoh…lebih bodoh dari Homer Simpsons. Dan sehodoh mangkuk-hayun dalam Wallace and Gromit tu.

Kalau aku ini sang Kelembai, memang aku dah pegang engkau biar jadi batu. Pastu aku letak kat muzium dan tagged – manusia bodoh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *