Aku Penat…

2 minggu selepas melahirkan melahirkan arwah Cahaya Balqis, aku kembali ke PPUM untuk satu temujanji. Doktor wanita itu masih muda. Usianya aku anggarkan dalam lingkungan 30-an. Aku masuk bersama Hadi dan dia mulakan sesi dengan membelek fail kes perubatan aku dan mula bertanyakan beberapa soalan.

Kembali ke PPUM – tempat aku berulang-alik untuk pemeriksaan dan tempat Cahaya Balqis dilahirkan bukanlah satu perkara yang mudah bagi aku. Tanpa mampu mengawal diri, aku hanya mampu menangis. Aku biarkan Hadi yang jawab apa juga yang doktor tanya. Fikiran aku kosong…sekosong jiwa aku juga.

Mungkin dia sedar ada sesuatu yang tidak kena, dia kemudiannya meminta Hadi keluar seketika. Aku hanya perhatikan sahaja Hadi keluar dari bilik. Dia kemudiannya menarik rapat kerusi ke arah aku dan terus menyantuni aku dengan berhati-hati.

‘Puan okey?’ dia bertanya dan kemudiannya menarik 2 helai tisu dan diberikan pada aku.
“Saya okey…” Aku jawab perlahan dan mula menyeka air mata yang bertambah lebat pulak turun.
‘Mesti ada sesuatu yang Puan simpan. Takpe cakap aje. Kita berdua aje dekat sini…’

Aku menolak beberapa kali untuk beritahu doktor itu apa yang aku rasa. Disebabkan doktor itu menanti dengan penuh sabar dan bagi mempercepatkan proses temujanji ini habis, aku cerita pada dia. Aku cerita sepenuhnya apa yang aku rasa.

Aku rasa helpless, aku rasa jiwa aku mati. Aku even rasa aku punca anak aku mati.

Dia mendengar dan mengurut lembut bahu aku beberapa kali. Seperti yang aku jangkakan, skrip sabarlah dengan ujian, tuhan tak akan uji sesuatu yang hambanya tidak mampu lalu, tuhan sayangkan anak aku, bidadari syurga dan lain-lain kata mencuba menenangkan emosi aku semuanya keluar.

Dia kemudiannya bercerita tentang post-partum depression/meroyan dan mahu mengaturkan temujanji dengan psikiatri atau setidak-tidaknya pergi kaunseling. Well, aku tolak.

Aku beritahu aku sedang melalui fasa stages of grief. Aku tahu..aku sedar apa yang aku lalu. Aku hanya perlukan masa sahaja. Banyak yang aku lepaskan pada doktor itu.

Masa pun berlalu.
Dan aku okay…
Of course sekali-sekala aku akan teringat dan rasa sedih. Lepas itu aku move on. Manusiakan…bukannya dinding.

****

Satu hari, aku jatuh sakit. Ia bermula dengan sakit kepala tanpa henti, diikuti badan rasa bisa-bisa macam mahu demam. Serentak itu, batuk dan selsema memberi salam dan menjelang petang, aku surrender. Suhu badan makin meninggi.

Badan aku rasa sangat penat. Penat adalah satu perasaan yang aku rasa hari-hari. Menguruskan anak autistik bukannya mudah. Banyak kudrat dan tenaga yang perlu dikerah. Ini mungkin signal badan untuk aku slow down sekejap.

Pergi klinik adalah benda paling akhir aku akan buat. Aku sejenis manusia yang percaya batuk demam selsema ni akan hilang sendiri. Tak perlu buang duit ke sana. Kecuali kalau aku perlu ambil gas, ya aku akan serah diri ke sana.

Menjelang 10:00 malam, aku sudah tidak mampu bertahan. Aku merelakan diri aku dibawa ke klinik. Sementara menanti nama aku dipanggil, aku terjelepuk dikerusi menunggu. Badan aku rasa sangat bisa dan aku teresak-esak seorang diri. Bukannya sedih ke apa…memang aku tak boleh tahan ia jatuh sendiri.

Hampir 20 minit menunggu, nama aku dipanggil. Doktor memeriksa tekanan darah aku. 3 kali dia mengulang proses yang sama. ‘Tinggi ni…Puan stressed ke?’

Aku belum pernah jumpa manusia yang stress free.
“Ya…adalah sikit. Penat aje ni.”
‘Kalau stress, Puan buat apa?’
Aku boleh berikan 1001 rasa Babas apa yang aku buat kalau aku stress tapi disebabkan aku sangat penat, aku just cakap aku tidur. Aku nak tidur. Jujurnya aku tak cukup tidur akhir-akhir ini.

Kemudian dia tanya, kenapa aku stress? Sedikit pun aku tak tipu, aku mula stress dengan soalan dia. Makin menitik air mata aku dibuatnya – merengsa! Aku terpaksa explain rutin hidup aku untuk memberitahu punca badan aku tak bagi kerjasama hari ini.

Aku boleh terangkan dengan penuh terperinci reaksi doktor tu macam mana, siap dengan vibe yang aku rasa dan bahasa badan dia sekali tetapi tak perlulah.

Dia mula memberikan pendapat.
Dia kemudiannya memberikan nasihat.
Aku ditazkirahkan tanpa rela dengan benda yang aku sudah tahu. Seolah-olah hidup yang mudah ini, sama sahaja laluan perjalanannya untuk semua orang.
Buat A, dapat A dan buat B, dapatlah B.

Sumpah aku penat.
Aku penat nak explain pada dunia masalah kita tak sama, coping mechanism pun berbeda. Aku tak jadi gile sebelum waktu dan masih logik pun aku sudah cukup rasa lega.

So, bila kau tanya masalah aku apa dan aku jawab, dengar aje dah cukup. Seposen duit pun aku tak akan mintak. Untuk yang akrab dengan aku dan belum jadi arnab, just be there. Cukup!

Ada masanya aku perlukan masa untuk diri aku juga ? Lama-lama nanti okaylah.
Manusia kot…bukannya dinding!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *